Thursday, July 29, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Baru-baru ni, sedang tgh kusyuk buat keje, tiba2 aku dpt msg pop up dr kakak2 (kak dza & kak Zie) member ofis mengucapkan tahniah pada aku.....Aku pun pelik ucapan tahniah utk apa???? Nak kata den ngandung xxxxxx!!!!!!!! Pas 2 aku tanya tahniah utk apa kak? Diorang ckp ko dpt APC laaa.....Haaa...ye ke? mcm x caya sebab tak dpt apa2 surat pun....tup tup dah tersebar gosip-gosip liar....Cepat Betul....Tapi aku wat dek jer......Malas nak mengharap apa2....Pas 2 telefon plak x berenti berdering mengucapkan tahniah pada aku dan member aku yg sorang lagi Sabrina......Yang menguatkan lagi cerita ni, org Pentadbiran pun dah call bgtau....so, tersenyum la aku....hehehehe Bukan apa, bukan senang nak dapat rasanya......Tambahan pula tahun yg aku dapat APC merupakan tahun yg cukup mencabar utk aku......Mana tidaknya, dengan banyak keje, dengan masalah Syira, kena outstation lagi meninggalkan anak2 dan dgn kehilangan best friend yg bertukar ke Teluk Intan seterusnya kena menanggung tugas beliau jugak....HUH!!!! Penat bila difikirkan balik......Dok kat Pusat Akademik letih melayan karenah pensyarah dan student....Karenah anak sendiri pun letih nak layan ni nak layan anak org yg bil. 100 lebih....Hmmmm....

Anyway aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan aku di INSPEN @ JPPH. Aku x leh wat keje sorang2....mesti dpt support dr teman ofis yg lain tul tak???? Inilah rezeki anak2 kan....Alhamdulillah.....Majlis APC tu berlangsung pada 22 Julai 2010 yg lalu....disampaikan oleh Dato' Ketua Pengarah Penilaian....Dalam masa yg sama aku terlibat dengan persembahan koir...jadi macam Charlie Chaplin kejap....kejap kena nyanyi,kejap kena standby utk ambik anugerah....mengah jugak la dibuatnya....hehehehe....x per janji HAPPY~~~~~~ 

Semoga anugerah ini menjadi semangat, dorongan dan inspirasi utk aku dan kakitangan kerajaan yg lain untuk trus berdedikasi dlm menjalankan amanah yg telah diberikan serta mengubah ekpektasi org luar terhadap kakitangan awam........

 Penghargaan yang aku dapat.......

Masa dpt anugerah dgn Dato' KPP

Bersama dgn Sabrina (sdg ngandung 3 bln - first baby > Tahniah~~rezeki anak)

Dengan Lim (pakwe cina i....hehehehe)

Koir - Persembahan Permulaan & Waktu Break




Tgk aku...baju pun x sempat tukar....hahahaha (Kain & tudung x sama color)

Tuesday, July 27, 2010

Resepi Yee Mee Cantonis

Di atas permintaan ramai .... ewahhhh!!! Perasan,,,,padahal baru sorang jer yg mintak resepi iaitu biras i....Farihah. Dia nak resepi utk try...so, i wat la entry ni...Nak kena ingat2 sejarah perbuatan membuat yee mee ni maklumlah mudah hilang ingatan dah TUA....hahahaha...Masa masak main campak2 jer....Inilah resepinya......Bahan & Kuah yg diberikan adalah mengikut sukatan satu bungkus yee mee (5 gulung).


Yee Mee Cantonis

Bahan-Bahan :

Bawang putih (3-4 ulas)
Bawang merah (4-5ulas)
Kiub ayam (2 ketul)
Tepung jagung (mengikut kepekatan kuah)
Telur (ikut suka)
Sayur sawi baby, fish kit, udang (mengikut citarasa - klu nak tmbh bhn lain pun ok gak)

Cara-Cara :

Tumis bwg putih & bwg mrh sehingga wangi, pas 2 bubuh air secukupnya....kiub ayam dimasukkan skali dan tunggu sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan bahan-bahan seperti sayur, fish kit dan udang. Bancuh tepung jagung sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam kuah dan lihat kadar kepekatan kuah mengikut citarasa masing2. Last skali pecahkan telur. Didihkan kuah. Yee mee dimasukkan bila nak makan. Misalnya, letak yee mee dlm mangkuk dan tuang kuah yg sedang dididihkan ke atas yee mee. Siap utk di makan....Kalau nak pedas, buat berasingan kicap pedas tu....huuuuuu marveloussss....

Yang penting, jangan lupa jemput saya makan bila dah buat....hehehehe


"SELAMAT MENCUBA"

 


Monday, July 26, 2010

Yee Mee

Baru-baru ni aku masak Yee Mee Cantonis...... Cehhhh ..... Mcm la sedap sgt masak .... hahahahaha. Tapi anak-anak memang suka makan Yee Mee, tak kira la masak apa pun....kalau skali masak tu, abis la sebungkus yee mee yg ada dlm 5 gulung 2......so, sajer nak kongsi dgn kawan2 ..... hehehehe klu nak resepi telefon la i .... hahahahaha




Thursday, July 22, 2010

Syira - Part 4 (Final)

Aku tertinggal nak bgtau yg Syira ada masalah lain selain Tiroid iaitu air kencing dia ada kuman. Result dia kuar x lama selepas result darah dia kuar. Bertambah pening aku dan hubby dgn masalah Syira. Ya Allah......Aku cuma kesiankan dia....x sanggup rasanya nak menghadapi semua ini.....walaubagaimanapun aku redha dan terus berfikiran positif yg semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Lepas pada tu, seawal umur sebulan Syira dah kena makan ubat Tiroid dan ubat utk air kencing yg berkuman. Allah tu Maha Adil dan Pengasih. Syira diberi kelebihan utk memakan ubat tersebut setiap hari iaitu pagi dan malam tanpa sebarang masalah sehinggalah sekarang dia berumur hampir 2 tahun. Dia boleh telan ubat tu dgn senang. Syukur Alhamdulillah......Ubat ni kawan2 Dr. pesan x boleh tertinggal 1 hari pun sbb takut nanti terjejas pembesaran dia....Jadi aku mmg ikut kata Dr. dan aku memang tegaskan pada hubby juga....maklumla kadang2 org laki ni suka ambil mudah. 

Saya akan ke hospital setiap 2 bulan skali utk pemeriksaan susulan dan Dr. pada masa tu akan periksa tahap pembesaran dia dari segi Berat, Tinggi, Ukuran Kepala sama ada berada dalam tahap yg memuaskan (normal). Seminggu sebelum berjumpa Dr., aku akan dtg ke hospital utk Syira di ambil darah dan urine. Maknanya bila waktu appointment dah sampai, result tu dah ada dgn Dr. Setiap kali Syira kena ambil darah dan urine, air mata aku ni dah seakan kering bila dgr dia menangis....(sedih.....aku x pernah cerita hal ni pada org lain selain rakan sekerja & family). Utk pengetahuan korang, Syira kena makan ubat Tiroid sehingga dia berumur 3 tahun (bermakna bila berhenti makan ubat & scan leher dia pada waktu umur ni, dan tgk hormon tiroid dia normal, Syira akan dihentikan makan ubat Tiroid.) Dan ubat kencing kuman sehingga dia berumur 2 tahun kalau air kencing Syira dah normal. Sepanjang tempoh dia buat pemeriksaan di hospital, Syira kena scan leher, buah pinggang. Scan leher ni biasa jer mcm kiter scan perut. Tapi scan buah pinggang ada 2 jenis iaitu scan biasa dan detail scan. Scan pinggang biasa ni mcm scan leher cuma detail scan pinggang ni special skit. Mesin dia ada kat HKL jer. Mesin dia kawan2 besar tul.....satu bilik besar 2x masterbedroom tu bubuh satu mesin tu ajer......Ia di panggil DMSA. Nak tau pasal DMSA, boleh tgk kat link ni..... klu tgk procedure dia sblm nak wat scan tu, aku x reti nak citer mcm2 nak kena wat. Bacalah link kat atas tu....klu nak citer nangis den kang.....

Bila dah kena lalui semua ni, aku dah kena jd mcm Dr. sbb penting utk aku faham apa yg akan Syira lalui. Dr. pun suka bila parents yg peka dgn apa mereka akan buat. Bila aku tau Syira nak kena wat DMSA ni, trus aku cari info utk dibaca. Wat detail scan utk buah pinggang penting memandang air kencing dia yg berkuman....Dr. takut effect buah pinggang dia....bila wat scan ni, kita dpt tau samaada buah pinggang dia luka, berparut atau size normal atau x.....setelah di scan, mmg betul buah pinggang Syira ada problem skit. Buah pinggang dia ada sedikit parut. Klu nak citer pasal apa buah pinggang dia ada parut, pjg lg citer aku ni.....x pelah biar aku jer tau yer....    Alhamdulillah kawan2......berkat susah payah dan disiplin aku, hubby serta family memberi Syira makan ubat, tahap hormon Tiroid Syira dan normal dan air kencing dia pun dah x der kuman. Cuma makan ubat masih kena diteruskan mengikut umur yg ditetapkan sbb Dr. x nak ambil sebarang risiko. Insya Allah appointment dia pada bulan 9 nie, akan menentukan samaada Syira perlu teruskan @ tidak makan ubat air kencing kuman tu....Doakan yg terbaik utk Syira yer kawan2.....Cepatlah Sembuh Anak Mama.....Mama sentiasa doakan yang terbaik Untuk Anak2 Mama.......Aminnnnn.....

Sedikit Koleksi Gambar Syira Untuk Tatapan Kawan2


Monday, July 19, 2010

Syira - Part 3

Begitulah keadaan yang aku hadapi sehingga kandungan berumur 9 bulan. Bila tiba tarikh yg dipilih, aku ckeck-in hosp. (ewahhh, mcm check in hotel la plak...heheheh) awal sehari sebelum caesarean. Family iaitu abah, mak, hubby dan my lovely sis turut temankan aku. Reason kena admit awal cause stat 12 tgh mlm aku dah kena puasa, kena check perut, tekanan darah supaya semuanya ok. Aku merupakan org yg pertama kena caesar pd hr esoknyer iaitu pada pukul 8 pg. Gementar jugak sebab aku dah blh tau apa mereka akan wat.....sampai bila waktu sebelum masuk bilik pembedahan, kena ambil tekanan darah (jd darah tinggi....hehehehe). Nurse ckp kat aku "Akak nervous yer....tekanan darah akak tinggi. Rileks la kak, kan dah biasa". Aku ckp la "Sebab dah biasa tu yg nervous sebab dah tau apa yg nak dilalui".  Nurse suruh aku ambik nafas, rileks pas 2 br dia ambil bacaan yg baru...... Pagi tu Hubby dan My Sis awal2 lg dah standby kat bilik menunggu.

Tepat jam 10.30 pagi, Syira selamat dilahirkan. Lega dan hiba rasanya. Nurse trus bawa  baby berjumpa Hubby utk di Qamatkan. Sementara tu, aku dibawa ke Wad Pemulihan utk memanaskan bdn aku yg menggigil (tak tau la sebab apa - mungkin byk kehilangan darah atau bilik bedah tu yg sejuk???? ntahla....) Selepas hampir 1 jam, baru aku dpt jumpa dgn baby kat wad dgn ditemani oleh Hubby dan My Sis yg sgt gembira....Mak dan abah sampai lewat skit bersama Isya dan Naufal. Isya bkn main seronok dpt tgk adik diaaa......"Mama comelnyer baby ni....adik isya yer....".

Gambar Syira waktu baru dilahirkan......

Masa lahir kuning Syira memang x serius tapi bila dah balik ke rumah selepas beberapa hari, kuning dia datang......kejap tinggi kejap rendah tahap jaundis dia.....bayangkan seawal aku pantang 7 hari & kena bedah (dgn keadaan yg masih sakit utk berjalan) dah kena bawa kereta sendiri ke klinik dan hospital utk bawa Syira periksa tahap Jaundis dia. Masa tu Hubby kena keje, Abah pun kene keja........Mak la yang temankan saya utk pegang baby. Sampai satu tahap Syira kena tahan di wad untuk semalam kerana tahap Jaundis dia yg terlalu tinggi. Dalam keadaan yg masih lemah dan sakit serta x cukup rehat aku terpaksa juga bermalam di hospital utk menyusukan baby. Keadaan aku masa tu memang stress sebab aku pun emosi x stabil.....berpantang kannn...but by that time my sister lah yg byk bg support dan semangat pada aku.  "I REALLY LOVE HER VERY MUCH". She's always be there when i need her. Dia selalu temankan saya ke mana jua jika Hubby x leh nak temankan.

 "My Lovely Sister"

Bila keadaan Jaundis Syira berterusan selama 15 hari,  pihak hospital terpaksa mengambil darah sebanyak 6 tiub kecil dan 2 tiub Urine skali. Masa kena ambil darah, aku x sanggup nak dgr dia nangis.....hati aku hiba sgt sebab seawal usia 15 hari Syira dah kena lalui pelbagai kesakitan.....kalau lah boleh aku gantikan tempatnya......(sub....sub....). Utk pengetahuan korang, kalau nak ambil urine baby girl, kena masukkan tiub kecil ke dalam saluran kencing, baru boleh ambil sampel Urine tu....(sakit tu hanya Syira yg tau....) Selepas seminggu, pihak hospital menelefon aku utk dtg dan berjumpa Dr.. Aku dan Hubby diberitahu result bahawa tahap hormon tiroid Syira sgt rendah tu la sebab jaundis dia berterusan. Ia dipanggil "Congenital Hypotyroidism". Bila aku dapat tau pasal sakit ni, aku trus rujuk info pasal sakit ni di sini.

Aku cuba utk memahamkan diri aku pasal sakit ni sebab aku kena laluinya selepas ni selain penerangan dari Dr. Bermulalah peristiwa kena slalu pegi hospital utk rawatan susulan.....post seterusnya aku akan ceritakan apa yg dilalui Syira waktu membuat rawatan susulan.....


Tuesday, July 13, 2010

Syira - Part 2


Bagi orang yg dah biasa gi check up klinik kerajaan, klu first time register mesti kena jumpa Dr. cause dia akan wat detail check up....so, aku pun tidak terlepas dari itu. Bila nurse dan Dr. wat detail check pada perut, tanya mcm2 mengenai sejarah kelahiran sebelum nie, tiba2 x semena-mena Dr. check kat leher aku. Pas tu Dr. ckp ada bengkak skit kat leher kanan aku. Aku pun cuak gak lah.....Dr. suruh aku wat detail check kat hosp. Kebetulan disebabkan aku dah caesarean 2X, aku kena booking hospital seawal kandungan 5 bulan. Pegila aku ke Hosp. Putrajaya sebab sblm nie Naufal lahir pun di sana. Rekod aku pun dah ada. Bila aku bawa surat dr Dr. Klinik Desa, diorang pun ambik darah utk pemeriksaan lanjut. Yang aku x larat tu dah kena pegi appointment check perut di 2 tempat iaitu klinik dan hospital seawal kandungan 5 bulan. Letih rasanya nak ngadap Dr. Hmmmmm.....apa nak wat dah nasib badan....pengorbanan menjadi ibu......Aku plak mmg selalu kena gi check up sorang2 cause Hubby bukan blh nak teman, maklumla keje swasta susah nak minta masuk lambat @ kuar awal....

1 minggu kemudian result darah dah kuar dan pihak Hosp. call utk wat appointment jumpa Dr. Bila tarikh temujanji dah tiba, Dr. bgtau tahap Hormon Tiroid aku rendah. Aku kena start makan ubat Tiroid (Thyroxsin) dgn segera sebab aku ngandung takut pembesaran babyormon Tiroid ni penting utk pembesaran baby dan balancekan kandungan hormon dlm bdn aku....aku jd blur kejap, sebab sebelum ni aku x der sejarah Penyakit Tiroid ni.....perkara pertama yg aku ingat APA AKAN JADI PADA BABY AKU??????. Aku ceritakan pd Hubby dia risau gak....bila tgk aku sedih dan murung.....Parents aku risau gak dgn keadaan aku tapi aku berdoa semoga baby yg dikandungkan tiada apa2.....cedih bila teringat, sub...sub...). Mental dan semangat aku kena kuat utk baby aku.

Sepanjang waktu mengandung, aku kena wat mcm2 ujian (darah, air kencing, scan perut dan leher, minum air gula) cause Dr. takut pada sebarang risiko pd baby.....Tuhan jer tau apa perasaan aku....Tapi aku nie mmg jenis kuat semangat agaknya sebab Abah dan Mak dah didik aku utk menjadi org yg kuat semangat dan berdikari sebab bapak aku askar....seorang yang tegas dan berdisplin.....aku boleh harungi semua tu seorang diri tanpa Hubby di sisi...Klu mcm korang yg lain mesti Hubby dpt selalu temankan yer....Aku beruntung sebab ada seorang suami yang amat memahami (klu aku murung dia selalu nasihatkan supaya jgn fikir yg bkn2), kawan2 yg sentiasa beri support dlm keje........Thanks 2 You All..... 

(to be continued)

Friday, July 9, 2010

Syira - Part 1

Entry saya kali ni nak cerita pasal anak saya yang ke-3. Panggilan manja dia "SYIRA". Nama penuh anda boleh lihat di bhg. kanan blog saya. (pjg sgt nama nak tulis...hehehe). Dia lahir pada 22 September 2008. Pengalaman mengandung dan membesarkan dia merupakan dugaan yg besar juga la bg saya....Saya nak berkongsi pengalaman saya pada anda semua....

Sebenarnya kandungan ke-3 nie, x dirancang - mengejut la (terbabas la dlm erti kata lain) hahahaha....So, dpt trace mengandung pun umur kandungan dah 3 bulan. Korang mesti tertanya kenapa aku wat bodoh jer sedangkan x dtg period mestila ngandung kan??????.....sebenarnya period saya x menentu. Memang dah biasa klu period lambat nie jd aku wat dek jer. Memang agaknya rezeki Syira untuk mengenal dunia agaknya. Dlm masa 3 bulan pertama, masa aku x tau aku mengandung, mcm2 benda berlaku pada aku. Antaranya.....aku main futsal (siap berlaga dan jatuh dgn member aku bernama Zura) then aku kena wat keje outstation kat KK (kena naik flight lagi). Masa naik flight kebetulan first time dlm hidup naik flight (mabuk udara ke mabuk mengandung pun aku x sure)........tapi kandungan aku x der paper.....alhamdulillah mungkin aku dikurniakan rahim yg kuat....

Ni gambar saya masa naik flight ke KK (nampak monyok sbb pening, mabuk, nak muntah) Tuhan jer tahu....sampai hubby naik risau. Senyum pun nak x nak...


Lepas balik dr KK, perasaan aku makin kuat mengatakan yg aku mengandung sebab aku dah mula rasa pening (migrain) dan muntah yang kerap. Aku suruh hubby beli pregnancy test, tup tup kuar result AKU NGANDUNG AAAAAAAA. Aku trus call hubby (yg masa tu tgh keje).....bgtau aku pregnant...mcm nak pengsan dia dgr....dia pun terkejut sambil berkata "Mcm mana syg blh ngandung??? Abg x buang dalam????" Kwang...kwang....  Nak mengesahkan kandungan aku dah berapa bulan....aku terpaksa wat scan perut kat klinik memandangkan tarikh akhir period aku lupa nak catat....Masa scan dan nampak dah baby tu aku mcm x caya......dr segi mental aku x ready lagi maklumla dua anak yg sebelum ni, AKU CAESAREAN (anak berak dlm perut). Doktor bgtau yg kandungan aku dah 12 minggu. Jd aku dan hubby redha dgn kurniaan Allah Yang Maha Esa.......Korang bayangkanlah punya la mental x ready, sampai nak gi klinik desa kat umah daftar kehamilan pun aku gi masa kandungan berumur dah 16 minggu....nasib baik nurse x marah sebab ngandung gap dkt dgn yg nombor 2 beza x sampai 2 tahun aku dah ngandung lagi......Nak tau apa yg berlaku masa aku gi check up kat klinik....nantikan sambungan.....


Wajah Baru

Amacam kawan-kawan....cantik x penampilan blog saya yang baru.....harap-harap u all suka......hehehehehe. Saja saya tukar untuk kepuasan diri dan mata yang memandang.....bak kata Isya "Pandainya mama wat......(dia x tau mama dia terkial-kial nak wat....hahahaha) Oklah tunggu post saya yang terbaru.....bye...bye....

Wednesday, July 7, 2010

i-City

Dapat jugak pegi i-City.....tapi sayang bukan pergi dgn Hubby *** macam biasa keje,keje,keje (uhu...cedih) tapi dgn adik saya dan bf dia skali....hehehehhe. Tima kasih sayang sebab izinkan izan pegi....mmmuaahhh....

Kami pegi hari biasa bkn hujung minggu.......jadi x lah ramai org dan kete pun x jemmm....masuk dgn mudah skali...Alhamdulillah...sampai jer anak-anak dah excited trus ckp "Mama tgk tu lampu warna-warni.....bestnyer..."

Apalagi bergambor sakan la kitaorang... ....







Isya lah yg paling excited.....tapi kureng best skit....sebab hujan renyai-renyai.....tu yg anak-anak saya semua pakai topi....takut Demammmm......kesimpulannya tempat ni best tapi klu dah pegi, x teringin lagi nak pegi....tempat biasa jer cuma byk shoplot kat situ...nampak kedai makan dia macam best....nanti nak try lah...

Friday, July 2, 2010

Perut dan Kepala yang meragam.......hmmmm

Kepada peminat setia saya terutama Kak Zie di harap dapat menunggu dgn penuh kesabaran, menanti post saya yang terbaru kerana saya tgh bertarung dgn perut yg tgh meragam dan kepala yg tgh berpusing....heheheeh

Ini gara-gara Nasi Goreng Brazil yg sy mkn di kantinnnnn.....(ikut tema pasukan bola kononnyer) - dlm nasi 2 penuh dgn halia....bg org yg byk angin mcm saya ni, mula la berlawan dgn angin....uhuuu....KESANNYA = kepala pening2, muntah2, loya2, dan perut memulas....PADAN MUKA I.....heheehe

Tolong jangan fikir yg bukan2 yer....i x ngandung ok....masalah angin jer....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...