Showing posts with label Isya. Show all posts
Showing posts with label Isya. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Isya's 8th Bufday

Sebenarnya ni citer zaman tok gajah......aku yang lupa nak citer...hehehe....bila tengok gambo rupanya ada yang belum diciter.....uhuuuu.....entry kali adalah sambungan dari citer INI. Isya beruntung tahun ni sebab besday dia disambut 2x.....skali sambutan ala kecil-kecilan di rumah (kek papa dia yang belikan) pastu sambutan kedua dibuat pada majlis pertunangan mak usu dia....hehehe....my family yang request supaya wat time majlis sebab nak bagi meriah.........

Kepada PUTRI BATRISYIA BINTI ADI-PUTRA ~~~~ mama doakan anak mama memperoleh keberkatan hidup di Dunia & Akhirat, berjaya dalam bidang yang diceburi, menjadi manusia yang berguna.....AMINNNN........


Cheese Cake yang dibeli oleh Papa Isya......



Naufal & Mama tumpang sekaki.....hehehe



She's very happy......
 

Bersamanya.......sama x rupa????? hehehe



*** Pasni besday sapa plak????? hehehehe............



Wednesday, April 6, 2011

Isya Tukar "Belt"

Baru2 ni selepas bertungkus lumus berlatih taekwando 2x seminggu (Sabtu & Ahad) selama 2 bulan, Sir (jurulatih) Isya telah memberi Isya kebenaran untuk ujian "Greding" iaitu tukar warna tali pinggang taekwando. Setelah mengisi borang dan membayar yuran ujian sebanyak RM50, Sir mengadakan kelas tambahan  selama 1 1/2 jam di sebelah malam (hari biasa) sebelum ujian pada hari Sabtu pada minggu yang sama. Isya memang teruja bila dapat tahu yang dia berpeluang untuk menukar warna belt dia.....hehehehehe.......aku pun sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam apa yang diceburinya. Aku ni pun berdebar gak sebab meletakkan harapan untuk Isya lulus......

Hari yang ditunggu telah tiba......Isya berasa lebih bersemangat sebab turut memberi sokongan pada hari ujian itu ialah My Sis & Her Fiancee serta Atuk & Wan nya yang tercinta dan tidak lupa adik2nya...... My parent's especially My Dad sentiasa memberi support pada cucu-cucunya dalam apa jua aktiviti. He love my kid's so much.....So, sebelum waktu ujian bermula Isya diarahkan untuk sampai awal kerana mesti warm up badan dulu. 

Disebabkan ini kali pertama aku menghadapi situasi macam ni, aku pun tertanya-tanya la macam mana ujian greding ni dijalankan. Pada hari tersebut terjawab la persoalan aku. Mereka akan diasingkan mengikut warna belt masing2 pastu nama akan dipanggil untuk pengesahan kehadiran. Mereka akan diuji secara berkumpulan mengikut warna belt masing2 dengan diketuai oleh pelajar yang telah mendapat full tali pinggang hitam (yang sebenarnya telah layak dan dilantik oleh Sir untuk menjadi tenaga pengajar). Ketua bagi setiap group warna tali pinggang ini akan memberi arahan untuk melakukan gerakan dan akan dituruti oleh mereka yang diuji. Setiap gerakan mereka akan diperhatikan untuk memastikan pergerakan tersebut dilakukan dengan betul & sharp.


Reaksi Muka Isya Yang Selamba Dalam Kereta Sebelum Ujian.....hehehehe


Disebabkan Isya merupakan group belt putih, so ujian mereka kena giliran terakhir sekali. Sementara tu boleh la Isya tengok macam mana group lain buat....hehehehe. Bila dah sampai giliran group Isya aku memberi isyarat semangat pada dia - "Wat Betul2". Isya mengangguk jer. Dah abis aksi ujian Isya,aku ingat boleh dapat tau result lulus @ tidak terus.......rupanya kena tunggu sampai minggu depan........hahaha....bertambah suspen la aku....sekarang aku hanya mampu berdoa......hmmmm.


 Suasana dalam dewan dengan gelagat Naufal & Syira yang 
menyaksikan kakak mereka....hehehehe


Minggu depannya....aku bawa Isya ke kelas taekwando seperti biasa. Selepas selesai berlatih, Isya diberi khabar berita gembira yang dia lulus ujian tersebut.......seronok betul dia....aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah...........jadi bila dah lulus ujian, Isya akan diberi belt warna kuning serta sijil yang akan diberi kemudian. X sia-sia Isya berlatih.


 Aksi Isya semasa ujian & selepas mendapat belt kuning.......


**** Sooo.....pada sapa2 yang nak kacau anak dara i jaga-jaga.....nanti dia kick u all....hahahaha.....Caiyok Anak Ku!!!!!!



Friday, January 21, 2011

Isya's Taekwando

Awal bulan ari tu aku register juga kelas taekwando untuk Isya.....dia memang mintak dari tahun lepas lagi baru skang aku tunaikan......tengok dia minat sangat aku pun x kisah sangat...lagipun untuk pertahanan diri apa salah kan.....kelas dia setiap ari Ahad pagi tapi kalau x leh ari tersebut boleh pilih hari lain di tempat lain sekitar Putrajaya nie......cause kelas yang aku pilih nie memang ada kat banyak tempat sekitarnya......yuran pendaftaran RM50, yuran bulanan RM35 dan duit baju RM80.....kiranya disekitar kemampuan lagi.....hehehehehe.......Isya memang aku nampak kebolehan taekwando dari rumah lagi bila dia dok mengangkat-angkat kaki dia bila meniru....uhuuu....dia memangla terlalu excited bila dapat tau aku register kelas tersebut........lagipun boleh mengajar dia disiplin dan menajamkan tumpuan dia.....sebab dia ni suka berangan........

Kesian budak yang baju kuning nie....menangis-nangis dia x nak........

Sesi taklimat oleh guru taekwando Isya......

  
*** Mama harap Isya belajarla bersungguh-sungguh sehingga dapat tali pinggang hitam.....Caiyok!!!! Caiyok!!!!

Friday, August 20, 2010

** Posa Isya **

Sebelum aku sambung citer percutian di Langkawi, aku nak citer mengenai anak dara aku yang sulung ni. Entry aku sebelum ni berharap dia dapat posa penuh....tapi apakan daya.....hujung minggu ari tu dia x tahan nak posa sebab tengok adik2 dia makan......x perlah aku pun kesian tgk dia telan air liur. Harapan aku nak tengok dia posa 30 hari ABISSSS......kiter pun bukan boleh paksa anak2 lagipun dia pun belum akil baligh lagiii kannnn.....Kalau ada hari yg aku x terkejut nak bangun Sahur, aku x bagi la dia posa....takut dia x tahan kat sekolah nanti....Nanti x boleh belajar pun susah gak....."Janji anak mama jujur bercakap.....pun dah mencukupi......"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...