Thursday, July 22, 2010

Syira - Part 4 (Final)

Aku tertinggal nak bgtau yg Syira ada masalah lain selain Tiroid iaitu air kencing dia ada kuman. Result dia kuar x lama selepas result darah dia kuar. Bertambah pening aku dan hubby dgn masalah Syira. Ya Allah......Aku cuma kesiankan dia....x sanggup rasanya nak menghadapi semua ini.....walaubagaimanapun aku redha dan terus berfikiran positif yg semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Lepas pada tu, seawal umur sebulan Syira dah kena makan ubat Tiroid dan ubat utk air kencing yg berkuman. Allah tu Maha Adil dan Pengasih. Syira diberi kelebihan utk memakan ubat tersebut setiap hari iaitu pagi dan malam tanpa sebarang masalah sehinggalah sekarang dia berumur hampir 2 tahun. Dia boleh telan ubat tu dgn senang. Syukur Alhamdulillah......Ubat ni kawan2 Dr. pesan x boleh tertinggal 1 hari pun sbb takut nanti terjejas pembesaran dia....Jadi aku mmg ikut kata Dr. dan aku memang tegaskan pada hubby juga....maklumla kadang2 org laki ni suka ambil mudah. 

Saya akan ke hospital setiap 2 bulan skali utk pemeriksaan susulan dan Dr. pada masa tu akan periksa tahap pembesaran dia dari segi Berat, Tinggi, Ukuran Kepala sama ada berada dalam tahap yg memuaskan (normal). Seminggu sebelum berjumpa Dr., aku akan dtg ke hospital utk Syira di ambil darah dan urine. Maknanya bila waktu appointment dah sampai, result tu dah ada dgn Dr. Setiap kali Syira kena ambil darah dan urine, air mata aku ni dah seakan kering bila dgr dia menangis....(sedih.....aku x pernah cerita hal ni pada org lain selain rakan sekerja & family). Utk pengetahuan korang, Syira kena makan ubat Tiroid sehingga dia berumur 3 tahun (bermakna bila berhenti makan ubat & scan leher dia pada waktu umur ni, dan tgk hormon tiroid dia normal, Syira akan dihentikan makan ubat Tiroid.) Dan ubat kencing kuman sehingga dia berumur 2 tahun kalau air kencing Syira dah normal. Sepanjang tempoh dia buat pemeriksaan di hospital, Syira kena scan leher, buah pinggang. Scan leher ni biasa jer mcm kiter scan perut. Tapi scan buah pinggang ada 2 jenis iaitu scan biasa dan detail scan. Scan pinggang biasa ni mcm scan leher cuma detail scan pinggang ni special skit. Mesin dia ada kat HKL jer. Mesin dia kawan2 besar tul.....satu bilik besar 2x masterbedroom tu bubuh satu mesin tu ajer......Ia di panggil DMSA. Nak tau pasal DMSA, boleh tgk kat link ni..... klu tgk procedure dia sblm nak wat scan tu, aku x reti nak citer mcm2 nak kena wat. Bacalah link kat atas tu....klu nak citer nangis den kang.....

Bila dah kena lalui semua ni, aku dah kena jd mcm Dr. sbb penting utk aku faham apa yg akan Syira lalui. Dr. pun suka bila parents yg peka dgn apa mereka akan buat. Bila aku tau Syira nak kena wat DMSA ni, trus aku cari info utk dibaca. Wat detail scan utk buah pinggang penting memandang air kencing dia yg berkuman....Dr. takut effect buah pinggang dia....bila wat scan ni, kita dpt tau samaada buah pinggang dia luka, berparut atau size normal atau x.....setelah di scan, mmg betul buah pinggang Syira ada problem skit. Buah pinggang dia ada sedikit parut. Klu nak citer pasal apa buah pinggang dia ada parut, pjg lg citer aku ni.....x pelah biar aku jer tau yer....    Alhamdulillah kawan2......berkat susah payah dan disiplin aku, hubby serta family memberi Syira makan ubat, tahap hormon Tiroid Syira dan normal dan air kencing dia pun dah x der kuman. Cuma makan ubat masih kena diteruskan mengikut umur yg ditetapkan sbb Dr. x nak ambil sebarang risiko. Insya Allah appointment dia pada bulan 9 nie, akan menentukan samaada Syira perlu teruskan @ tidak makan ubat air kencing kuman tu....Doakan yg terbaik utk Syira yer kawan2.....Cepatlah Sembuh Anak Mama.....Mama sentiasa doakan yang terbaik Untuk Anak2 Mama.......Aminnnnn.....

Sedikit Koleksi Gambar Syira Untuk Tatapan Kawan2


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...