Baru2 ni selepas bertungkus lumus berlatih taekwando 2x seminggu (Sabtu & Ahad) selama 2 bulan, Sir (jurulatih) Isya telah memberi Isya kebenaran untuk ujian "Greding" iaitu tukar warna tali pinggang taekwando. Setelah mengisi borang dan membayar yuran ujian sebanyak RM50, Sir mengadakan kelas tambahan selama 1 1/2 jam di sebelah malam (hari biasa) sebelum ujian pada hari Sabtu pada minggu yang sama. Isya memang teruja bila dapat tahu yang dia berpeluang untuk menukar warna belt dia.....hehehehehe.......aku pun sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam apa yang diceburinya. Aku ni pun berdebar gak sebab meletakkan harapan untuk Isya lulus......
Hari yang ditunggu telah tiba......Isya berasa lebih bersemangat sebab turut memberi sokongan pada hari ujian itu ialah My Sis & Her Fiancee serta Atuk & Wan nya yang tercinta dan tidak lupa adik2nya...... My parent's especially My Dad sentiasa memberi support pada cucu-cucunya dalam apa jua aktiviti. He love my kid's so much.....So, sebelum waktu ujian bermula Isya diarahkan untuk sampai awal kerana mesti warm up badan dulu.
Disebabkan ini kali pertama aku menghadapi situasi macam ni, aku pun tertanya-tanya la macam mana ujian greding ni dijalankan. Pada hari tersebut terjawab la persoalan aku. Mereka akan diasingkan mengikut warna belt masing2 pastu nama akan dipanggil untuk pengesahan kehadiran. Mereka akan diuji secara berkumpulan mengikut warna belt masing2 dengan diketuai oleh pelajar yang telah mendapat full tali pinggang hitam (yang sebenarnya telah layak dan dilantik oleh Sir untuk menjadi tenaga pengajar). Ketua bagi setiap group warna tali pinggang ini akan memberi arahan untuk melakukan gerakan dan akan dituruti oleh mereka yang diuji. Setiap gerakan mereka akan diperhatikan untuk memastikan pergerakan tersebut dilakukan dengan betul & sharp.
Reaksi Muka Isya Yang Selamba Dalam Kereta Sebelum Ujian.....hehehehe
Disebabkan Isya merupakan group belt putih, so ujian mereka kena giliran terakhir sekali. Sementara tu boleh la Isya tengok macam mana group lain buat....hehehehe. Bila dah sampai giliran group Isya aku memberi isyarat semangat pada dia - "Wat Betul2". Isya mengangguk jer. Dah abis aksi ujian Isya,aku ingat boleh dapat tau result lulus @ tidak terus.......rupanya kena tunggu sampai minggu depan........hahaha....bertambah suspen la aku....sekarang aku hanya mampu berdoa......hmmmm.
Suasana dalam dewan dengan gelagat Naufal & Syira yang
menyaksikan kakak mereka....hehehehe
Minggu depannya....aku bawa Isya ke kelas taekwando seperti biasa. Selepas selesai berlatih, Isya diberi khabar berita gembira yang dia lulus ujian tersebut.......seronok betul dia....aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah...........jadi bila dah lulus ujian, Isya akan diberi belt warna kuning serta sijil yang akan diberi kemudian. X sia-sia Isya berlatih.
Aksi Isya semasa ujian & selepas mendapat belt kuning.......
**** Sooo.....pada sapa2 yang nak kacau anak dara i jaga-jaga.....nanti dia kick u all....hahahaha.....Caiyok Anak Ku!!!!!!