Sunday, October 24, 2010

Jambul Ainul Di Potong

Pada hari Sabtu yang lepas, aku~anak-anak~my sis~my parents~ telah pergi ke Felda Palong 7, Bahau, Negeri Sembilan untuk majlis cukur jambul & aqiqah anak buah pertama saya iaitu Siti Ainul Mardhiah. Majlis itu memang meriah sebab ramai penduduk kat situ yang datang dan menolong untuk kerja gotong royong memasak. Kalau cerita bab gotong royong memang aku tabik penduduk kat situ. Mereka memang wat keje laju dan sampai abis, x macam sesetangah tempat tinggalkan keje sekerat jalan. Mak saya pun terkejut dengan kaum hawa yang ramai menolong. Bab nak siang kambing tidak kurang dengan kaum adam yang ramai membantu. Tahniahla kepada anda semua!!!!! Saya rasa kalau x kerana anda semua, keje ni memang dah boleh dilakukan dalam jangka masa pendek. Tidak lupa juga abah saya menunjukkan skill dia sebagai tukang masak hehehee....caya la bah!!!!!



Majlis ni diadakan dua sesi....sesi pertama : majlis bacaan tahlil, doa selamat serta cukur jambul dikalangan ahli masjid. Sory la gambar x sempat ambil sebab kamera dalam bilik telah dikepung oleh ahli masjid hehehehe......Sesi kedua : barulah majlsi marhaban tapi sebelum tu diadakan bacaan yasin. Setelah selesai marhaban jambul Ainul dipotong.....hehe
Selesai dikalangan ahli marhaban, kaum kuarga juga diberi peluang untuk memotong jambul Ainul.....cian Ainul....ramai juga yang memotong jambulnya....heheheheehe. Maklum berharap Ainul akan menjadi anak yang solehah...Aminn....

Gambar-Gambar Comel Ainul Yang Sempat DiSnap....

Majlis selesai jam 4.30 petang.....kami trus berkemas sekali lagi secara gotong royong dan selesai jam 6.00 petang. Lepas Mahgrib kami berangkat pulang.....LETIH WOOO!!!!! Ainul punya pasal it's ok......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...