Monday, July 19, 2010

Syira - Part 3

Begitulah keadaan yang aku hadapi sehingga kandungan berumur 9 bulan. Bila tiba tarikh yg dipilih, aku ckeck-in hosp. (ewahhh, mcm check in hotel la plak...heheheh) awal sehari sebelum caesarean. Family iaitu abah, mak, hubby dan my lovely sis turut temankan aku. Reason kena admit awal cause stat 12 tgh mlm aku dah kena puasa, kena check perut, tekanan darah supaya semuanya ok. Aku merupakan org yg pertama kena caesar pd hr esoknyer iaitu pada pukul 8 pg. Gementar jugak sebab aku dah blh tau apa mereka akan wat.....sampai bila waktu sebelum masuk bilik pembedahan, kena ambil tekanan darah (jd darah tinggi....hehehehe). Nurse ckp kat aku "Akak nervous yer....tekanan darah akak tinggi. Rileks la kak, kan dah biasa". Aku ckp la "Sebab dah biasa tu yg nervous sebab dah tau apa yg nak dilalui".  Nurse suruh aku ambik nafas, rileks pas 2 br dia ambil bacaan yg baru...... Pagi tu Hubby dan My Sis awal2 lg dah standby kat bilik menunggu.

Tepat jam 10.30 pagi, Syira selamat dilahirkan. Lega dan hiba rasanya. Nurse trus bawa  baby berjumpa Hubby utk di Qamatkan. Sementara tu, aku dibawa ke Wad Pemulihan utk memanaskan bdn aku yg menggigil (tak tau la sebab apa - mungkin byk kehilangan darah atau bilik bedah tu yg sejuk???? ntahla....) Selepas hampir 1 jam, baru aku dpt jumpa dgn baby kat wad dgn ditemani oleh Hubby dan My Sis yg sgt gembira....Mak dan abah sampai lewat skit bersama Isya dan Naufal. Isya bkn main seronok dpt tgk adik diaaa......"Mama comelnyer baby ni....adik isya yer....".

Gambar Syira waktu baru dilahirkan......

Masa lahir kuning Syira memang x serius tapi bila dah balik ke rumah selepas beberapa hari, kuning dia datang......kejap tinggi kejap rendah tahap jaundis dia.....bayangkan seawal aku pantang 7 hari & kena bedah (dgn keadaan yg masih sakit utk berjalan) dah kena bawa kereta sendiri ke klinik dan hospital utk bawa Syira periksa tahap Jaundis dia. Masa tu Hubby kena keje, Abah pun kene keja........Mak la yang temankan saya utk pegang baby. Sampai satu tahap Syira kena tahan di wad untuk semalam kerana tahap Jaundis dia yg terlalu tinggi. Dalam keadaan yg masih lemah dan sakit serta x cukup rehat aku terpaksa juga bermalam di hospital utk menyusukan baby. Keadaan aku masa tu memang stress sebab aku pun emosi x stabil.....berpantang kannn...but by that time my sister lah yg byk bg support dan semangat pada aku.  "I REALLY LOVE HER VERY MUCH". She's always be there when i need her. Dia selalu temankan saya ke mana jua jika Hubby x leh nak temankan.

 "My Lovely Sister"

Bila keadaan Jaundis Syira berterusan selama 15 hari,  pihak hospital terpaksa mengambil darah sebanyak 6 tiub kecil dan 2 tiub Urine skali. Masa kena ambil darah, aku x sanggup nak dgr dia nangis.....hati aku hiba sgt sebab seawal usia 15 hari Syira dah kena lalui pelbagai kesakitan.....kalau lah boleh aku gantikan tempatnya......(sub....sub....). Utk pengetahuan korang, kalau nak ambil urine baby girl, kena masukkan tiub kecil ke dalam saluran kencing, baru boleh ambil sampel Urine tu....(sakit tu hanya Syira yg tau....) Selepas seminggu, pihak hospital menelefon aku utk dtg dan berjumpa Dr.. Aku dan Hubby diberitahu result bahawa tahap hormon tiroid Syira sgt rendah tu la sebab jaundis dia berterusan. Ia dipanggil "Congenital Hypotyroidism". Bila aku dapat tau pasal sakit ni, aku trus rujuk info pasal sakit ni di sini.

Aku cuba utk memahamkan diri aku pasal sakit ni sebab aku kena laluinya selepas ni selain penerangan dari Dr. Bermulalah peristiwa kena slalu pegi hospital utk rawatan susulan.....post seterusnya aku akan ceritakan apa yg dilalui Syira waktu membuat rawatan susulan.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...