Wednesday, August 25, 2010

13 Fadhilat Solat

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

~~ Cantik Diri, Hati, Budi, Pekerti ~~

Petua mengikut Islam untuk mencantikkan diri, hati, budi & pekerti........untuk makluman kawan2.....moga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua.....

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Adakah Anda Manji Junub Dengan Sempurna????

Info yang aku nak kongsi dengan korang semua datangnya dari Saudara kita ni.....Dia pun amat mengalu-alukan untuk disebarkan....aku pun rasa info ni amat berguna untuk peringatan kita bersama.....


Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Tuesday, August 24, 2010

Langkawi ~~ Part 2

Waktu dalam flight Naufal la yang paling x duduk diam (suka  tul) ....sibuk nak tengok luar dari tingkap....Isya & Syira pun suka, x takut pulak. Bila nak berlepas, kan kena pakai safety belt....Naufal x nak pakai hingga Pramugari tu risau gak x pakai. Tapi nak kata apa kan.....budak2 bukannya dia paham.....Bila sampai Langkawi, sempat juga la bergambar dgn kapal terbang heheheh.....pas tu cari kereta sewa kat airport. Dah dapat kete, trus gi check-in hotel. Relak2 jap kat bilik, lepas Asar kuar membeli semua jenis coklat serta barang2 yang lain dan pegi pantai. Pemandangan waktu matahari terbenam memang cantik......jarang dapat pemandangan macam tul....tenang jer....Anak2 pulak bukan main suka dapat main pasir....anak bandar jarang jumpa pasir....hahhahaha. Biar jelah janji mereka bahagia.....



Malam tu kami makan beli bungkus kedai jer sebab masing2 dah x larat....nak rehat....nak simpan tenaga untuk berjalan esok hehehehe.....macam nak panjat gunung....uhuu...Besoknya tempat pertama yg kami pergi.....Langkawi Cable Car....maklumla x sabar nak pegi cause ramai cakap lebih best dr Genting Cable Car.....mak plak gayat nak naik....so, hanya kami anak beranak, E1 & isteri (cuma Syira dgn Atuk dia) pergi naik Gunung Mat Cincang.....Mak, Abah & Nurul x naik sebab dah pernah naik. Mereka sambung bershopping. 

Memang best tul naik kereta cable Langkawi. Yang Paling Best.....jambatan gantung tu....MARVELOUSSSS......goyang tuuuu.....gayat gak......turun nak ke jambatan tu okla......nak naik,,,,Masya Allah....semput yang x leh nak dickp....Masa seronok melihat pemandangan yang cantik, aku x perasan yg Naufal sebenarnya takut......masa turun tangga tu pun dia dah takut tapi aku yakinkan dia. Dekat jambatan gantung tu lagi la....dia x nak jalan....letih juga Papa dia nak dukung.....dia peluk rapat tu Papa dia....sian Naufal....Isya plak memang berani.....x takut langsung. Mungkin ikut perangai aku. Berani.....Anyway, idea Tun Dr. Mahathir memang dasyat.....aku kagum....rasa nak naik lagi.....



Nasib baik pakaian kami hari tu amat bersesuaian. Macam tau2 jer....nak kena exercise....heheheh


Friday, August 20, 2010

** Posa Isya **

Sebelum aku sambung citer percutian di Langkawi, aku nak citer mengenai anak dara aku yang sulung ni. Entry aku sebelum ni berharap dia dapat posa penuh....tapi apakan daya.....hujung minggu ari tu dia x tahan nak posa sebab tengok adik2 dia makan......x perlah aku pun kesian tgk dia telan air liur. Harapan aku nak tengok dia posa 30 hari ABISSSS......kiter pun bukan boleh paksa anak2 lagipun dia pun belum akil baligh lagiii kannnn.....Kalau ada hari yg aku x terkejut nak bangun Sahur, aku x bagi la dia posa....takut dia x tahan kat sekolah nanti....Nanti x boleh belajar pun susah gak....."Janji anak mama jujur bercakap.....pun dah mencukupi......"


Thursday, August 19, 2010

Langkawi ~~ Part 1

Pada bulan Mei yang lepas, family aku, adik2 dan mak abah telah pergi ke Langkawi untuk "Family Gathering Vacation". Actually kami adik beradik sepakat nak bercuti sempena Anniversarry Mak Abah yg ke 32, Besday Abah 55 thn, Besday Aku  31 thn & Anniversary Aku yg ke 8 ..... wah!!!!! banyak kan tujuannya semua all in 1..... Bulan sambutannya utk bulan 4 & 5 dirangkumkan skali......hehehehe. Lama jugak kami plan nak bercuti. Since bulan 11 tahun lepas dah beli tiket. Konon nak murah.....dapat ler jugak tiket murah Air Asia. Saja nak test Air Asia cam ner berbanding MAS. Tapi aku lbh suka MAS......lebih selesa dari segi khidmat bagasi dan layanan......Yang paling HAPPY of course anak2 terutama Naufal dan Isya....hari2 tanya bila nak naik kapal terbang. Naufal plak memang suka kapal terbang, keretapi, bas. Kami pergi hanya untuk 3H2M....x puas la actually patut 4H3M....tu yang Hubby nak ajak gi lagi.....Sesetengah orang cakap kalau pegi Langkawi x 3 kali x sah....mesti cukup 3x baru puas.....BETUL KE??? Kami tido di Holiday Villa....best jugak tempatnya. Privacy......

Happy Together.....Sweet Memories.....

Masa pegi Langkawi, adik ipar sedang mengandung 6 bulan.....x tau la plak org ngandung kena bawa surat pengesahan Dr. Apalagi, masa masuk first check-in dah sangkut dgn staf Air Asia, tapi dia bagi lepas utk check-in kedua. Sebelum sampai check-in kedua kami wat plan suruh adik ipar ni pakai sweater supaya x nampak sangat dia ngandung. Nasib baik masa tu perut dia x besar lagi.....Bukan apa takut x lepas naik flight kesian plakk....Prosedur biasa la....pihak Air Asia takut apa2 jadi....diorang x nak tanggungjawab.....padahal kandungan 6 bulan dah ok.....Penyamaran itu berjaya!!!!!! Sebelum tu, masa tgh tunggu flight....ada la flight lain yang tunggu kat situ...Naufal punya la ngamuk nak naik....X SABAR2.....tapi kami ckp dengan dia flight tu pegi tempat lain. Dia tengah rehat. Barula dia senyap.....

Waktu yang dinantikan oleh Naufal & Syira tibaaaa.....DAH BOLEH NAIK FLIGHT!!!!! Tapi kegembiraan tu jd kureng skit sebab nak kena menapak jauh pegi ke kapal terbang. Mengah jugak ler nak sampai dengan budak2.....Nantikan sambungan kisah anak2 dalam kapal terbang......TO BE CONTINUED,,,,,,,,,

"Mandi Sungai"

Bila tengok balik gambar dalam laptop aku ni, terjumpa gambar mandi-manda bersama anak2 & mak abah. Dah lama x bawa anak2 mandi sungai. Bukan apa, mandi kat sungai aku kurang gemar skit tapi yang menguatkan aku untuk bawa anak2 sapa lagi klu bukan abah.....atuk mereka.....abah memang suka layan cucu2 dia....cair abissss!!!!! Klu dengan aku dulu masa kecik2 garang bukan main tapi dengan cucu kalah.....hehehehe. Klu bab mandi sungai ni selalunya aku gi ke sungai kat Hulu Langat cause dekat dengan rumah parents kat Bangi. 

Actually, aku rindu zaman aku dok kat umah parents aku kat Bangi cause hidup x sunyi....hujung minggu ada saja program aku. Nak harapkan Encik Suami, memanjang kena keje. Apa nak buat nasib badan......Sekarang ni, dah dok sendiri kat Putrajaya, nak kuar hujung minggu boleh kira....banyak habiskan masa dengan anak2 dan wat keje umah. Insya Allah....rasanya lepas raya ni, klu Encik Suami x der pun, nak mintak izin kuar bawa anak2 kuar jalan2 sendiri......

Bukan main seronok dapat mandi dengan atuk mereka.......


Monday, August 16, 2010

Dugaan Posa

Ari ni, waktu pagi nak gi keje dimulakan dengan dugaan posa untuk aku.......LIF ROSAKKKK....aduhhhh...
Kena lak ari Isnin memang byk brg anak2 untuk seminggu ditinggalkan di rumah pengasuh. Menapak lak aku turun sambil dukung Syira dan galas barang2 dan Naufal yang turun dengan secara yang sangatlah romantik....hehehehe dari Tingkat 9. Nah ambik!!!! Pagi2 dah kena exercise. Badan lak dah berpeluh macam hujan lebat.....hahahaha. Hubby plak pagi2 dah kuar. Bila telefon tanya masa dia turun tadi lif ok ker x? Dia jawab ok....aku pun mengadulah nasib pada dia....uhuuu.....Bersimpatilah dia pada aku......"Sian Bini dan Anak2 Abanggg". Rasanya terbakar lak kalori dlm badan utk aggaran 200 kalori......hehehehe. Sekian berita utk pagi ni.......

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah aku dipanjangkan umur untuk merasa nikmat Ramadhan pada tahun ini. Aku berharap ini merupakan Ramadhan yang terbaik selama aku hidup ni......

Klu pasal posa ni, aku nak citer tentang anak aku yang sulung iaitu Isya. Tahun ni mmg aku nak suruh dia posa penuh memandangkan dia dah darjah 1. Alhamdulillah....hari pertama dia berjaya menempuh posa dengan jayanya. X tau la citer posa ari ni lagi..... Isya kejut sahur pun x der masalah.....senang nak bangun. Pagi ni, sahur yg bestnyer adik-adik Isya pun bangun skali sahur (Syira - 2, Naufal - 4). Meriah sahur pada pagi tadi....hehehehe. Nasib baik la ada bihun kung fu yg aku masak semalam, blh la suap kat mereka. Lauk sahur pg td x sesuai utk mereka.....lauk sambal udang petai jer & telur grg.......

Lepas sahur, tiga beradik ni x sambung tido....tgk tv sambil mengaji dgn aku skali (kononnya pandai ngaji....uhuuuu). Mudah-mudahan jd Qari & Qariah....Aminnn...Pelik gak la ku sebab dah sampai waktu solat subuh pun x tido lg....bkn main seronok main.....masa solat subuh siap ikut skali.....lawak tulll..... "Mama doakan Isya berjaya posa penuh pada tahun ni....Aminnn...."



















~ Semoga Isya menjadi contoh kepada adik-adiknya......~

Monday, August 9, 2010

Besday Bina

Fuhhhh....dah lama tul x update blog.....sibuk skit gi Kursus....So, back 2 d point, baru-baru ni aku sambut besday officemate merangkap adik den sebab saiz badan lebih kurang kecik hehehehehe...........kat Alamanda. Tapi x syok sgt sebab sambut dalam keadaan kelam kabut walaupun sambut pada hari Jumaat disebabkan aku kebetulan pada hari yg sama ada Game Bowling untuk Puspanita JPPH. Patutnya program berjalan dengan lancar tapi disebabkan ada contestant dari KL sampai lambat, dah terganggu plan aku nak sambut besday Bina.....Cian Bina.......Game tertunda sampai sejam lebih ....GERAM BETULLLL..... Mana tidaknya, janji start game kul 1.00 tgh tapi delay sampai kul 2.30. Bila dah delay, menunggu org mcm buah x jatuh.....tapi aku sabor jer sebab almaklumla org baru menceburi bidang Bowling hahahahaha.......nak banding yg lain dah senior.....anyway.....result jatuhan pin aku x la teruk sgt, dptla jugak strike 3/4 kali.....hehehehehe 

Sementara menunggu game start, aku sempat la lari ke Secret Recipe sambut besday Bina...konon2 nak surprisekan dia x nak bgtau nak pegi mana tp dah sebab kelam kabut, kedai Secret Recipe pun sampai sesat cari.....last2 besday girl yg tunjukkan Aduhhhh..... Yang kelakarnya,,, sebelum tu member2 den ni dah beli McD nak mkn kat ofis.....so, as simbolik besday kitaorg beli kek jer (takut kenyang) tanpa air  (Nak jimat) heheheh.....Pastu mulalah masing2 dahaga lepas makan kek.......Nak hilang dahaga punya pasal minum sorok2 air McD takut waiter nampak....hahahaha. Aku sambut bersama Zura & Ayu...... HAPPY BIRTHDAY BINA!!!!!!!
Bersama Besday Girl

Ayu & Zura


Kek yang dibeli


Aksi Pemain Profesional...hehehe

Besday kali ni mesti amat bermakna bagi Bina sebab dia baru disahkan mengandung setelah menunggu sekian lama (hampir setahun klu x salah)......Tahniah!!!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...