Monday, September 27, 2010

Sambung Skit Raya Ular ):

Sambung skit citer derma darah waktu cuti raya.......dah abis derma darah ingatkan nak ajak hubby gi IKEA tapi.........HAMPA"""""" dia nak ajak gi Muzium Negara.....nak tengok pameran ular katanya......aku pun akur laaa......aku bukannya suka nak tengok Ular ni.....X MINAT....ikutkan jela cakap orang yang jarang dapat berjalan.....hehehehe. Isya pun excited juger bila dengar nak tengok pameran ular.....bila sampai sana kebetulan ada live show ular. Berlari-lari anak-anak nak tengok.......excited dapat tengok live show ular.......termasuk hubby.....uhuuuu. Dah abis tengok pameran ular jalan2 la sekitar muzium wat lawatan hahahaha......maklumla dah lama x pegi muzium walaupun adik ipar ada keje kat situ....BAGUS X ???????   

Puas hubby dapat gak tengok pameran ular.....wink***




Thursday, September 23, 2010

Derma Dare ke Darah?????


Baru-baru ni masa cuti raya panjang, aku tiba2 teringat yang aku dah lama x derma dare......oppppsss!!!! tersalah sudah......bukan derma dare tapi derma darah.....actually ni bukan kali pertama aku menderma.....dah masuk 5x.....bila menderma darah ni, korang akan rasa bangga pada diri sendiri sebab dapat membantu secara x langsung kepada yang memerlukan......disebabkan adik aku keje di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak aku pegila ke sana dengan Hubby dan anak2......Hubby pun nak menderma wat kali kedua setelah sekian lama.....tapi x boleh sebab dia kebetulan puler x berapa sihat (batuk & selsema)....aku jer la.......aku cuma mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk 1 pek darah.......kepada sesiapa yang belum menderma, pegilah menderma kepada sesiapa yang layak.......

Nak derma mesti ada beberapa kriteria yang mesti dipenuhi iaitu :
  • Berumur 17 tahun ke atas dan berat badan melebihi 45kg.
  • Hendaklah sihat sepenuhnya.
  • Darah diambil mengikut berat badan....jika berat badan di antara 45-50kg (350ml darah diambil) manakala berat melebihi 50kg (450ml darah diambil) 
  • Hendaklah makan terlebih dahulu sebelum menderma. Yang bestnya bila dah abis derma darah anda akan dapat sijil penghargaan dan makan FREEEE.......hehehehehe

Jika nak menderma semula hendaklah diambil gap masa 2-3 bulan baru boleh menderma. Dalam erti kata lain memang syok la derma darah ni.....Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok website PDN >>> www.pdn.gov.my


**** Sambil menunggu aku menderma darah, hubby & anak-anak sedang enak menjamu selera McDonalds.....uhuuuu.....

Wednesday, September 22, 2010

Sudah 2 Tahun

Alhamdulillah....hari ni genaplah umur Syira 2 Tahun (22 September 2008)......"SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA". Syahdu rasanya bila mengenangkan apa yang dah berlaku pada dia selama 2 tahun nie......bagi yang belum tau kisah hidup Syira ni bolehla tengok entry aku yang lepas.......walaupun usia beliau baru 2 tahun tapi pengalaman hidup dia klu dia boleh cakap macam mana rasanya mesti dia pun sedih juger........Mama doakan anak mama sembuh dari segala penyakit yang menimpanya......Appointment dia pada 30/9/10 akan menentukan sama ada dia perlu makan ubat tiroid seumur hidup atau tidak........rasanya cukuplah apa yang telah Syira lalui......baru ni pun bila kena ambil darah dan urine dia nangis2 sambil cakap "Akit" sambil menunjuk pada tempat kena ambil darah......sedih tapi aku kena kuatkan semangat.....sub,,,,sub,,,,........................Syira memang manja lebih dari abang dan kakaknya.....bukan aku dan papa dia yang manjakan tapi memang dia sendiri yang manjakan diri dia.......tanpa layankan jer........tak tau nak celebrate kat mana.......klu ada "close friend" Fara & Yati mesti aku ajak diorang kuar sama.......Anyway hari ni walaupun papa dia kena keje sampai malam aku akan bawa Syira, Abang & Kakak pergi makan kat luar.....TAPI DI MANA YER???????


Kalau dilihatkan saiz badannya, dia memang lebih kecik dari saiz budak yang normal 
sebaya dengannya.......


Tuesday, September 21, 2010

Buah Hati

Raya ke-3 aku pulang ke KL. Tapi balik ikut Muadzam Shah sebab nak ke Palong 7, Bahau, N9 dulu untuk melihat anak buah. Windu kat Ainul........Tengok orang lain dapat baby macam best jer......tapi rasanya klu aku nak lagi tu rasanya kilang dah tutup......aku pun dah 3x kali bersalin melalui pembedahan (caesarean). Dr. memang kata boleh lagi tapi aku yg dah x nak.....sakit caesarean ni lain. X pelah bagilah can orang lain plak....hehehehe......Sampai je di Palong, lepaslah windu aku pada anak buah pertama ni......seronoknyer dpt bau baby.....aku pun apalagi cium macam nak rak Ainul.....bergambor sakan dgn Ainul.....tapi gambo yg aku upload cuma gambor dia dgn papa dia......BILA LA AINUL NAK BALIK KL>>>>>MAK LONG WINDU NI!!!!!!!!!


Kami bertolak pulang lepas Asar dalam pukul 5.30 petang.....ingatkan jalan x jem rupanya sangkaan ku meleset......aku terperangkap dalam jem. Sepatutnya boleh sampai dalam kul 8.00 malam tapi nak tau x aku sampai umah kul bape?????? 10.30 malam!!!!!!!! Aku stuck dari Pekan Kuala Pilah hingga Jalan Bukit Putus. Walaupun jalan bukit putus dah jd mcm highway pun jem jugerrr........macam nak muntah rasanya dok dalam kete dgn keadaan jeemmmmm.........ni semua raya punya pasal.....uhuuuuuuu

Monday, September 20, 2010

Raya >>> Raya >>> Raya >>>

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pembaca blog aku.....Mana tidaknya, dah 2 minggu  x update blog. Kemalasan melanda......hehehehe. Raya aku tahun ni bermakna sebab setelah sekian lama mendirikan rumahtangga bersama cik abang kiter iaitu 8 tahun, baru nila dia dapat cuti lama......Alhamdulillah.......x macam korang yang lain pegi keje, balik keje, hantar anak & ambik anak (taska, tadika, sekolah) semua cik abang ada temankan......bab cuti pun camtulah payah nyer dengan org yg keje service line ni.....nak wat camner...nasibbbb badannnn.......Bila dah ada cik abang mcm2 la plan aku wat cuti raya ni.....hehehehehe

~ Raya 1, Raya 2, Raya 3 ~
Aku beraya di Bangi dulu, lepas makan dan bermaaf-maafan kami (mak, abah, nurul & family Adi-Putra - family aku la tu hehehehe) bertolak ke Kuantan, Pahang untuk melawat nenek serta saudara & sahabat mak di sana......kami trus pegi ke Pekan, Pahang dulu untuk melawat nenek yang satu2 nyer tinggal......uzur dah dia (masalah lutut).....maklumla dah umur 82 tahun....dia menunggu-nunggu kepulangan kami......seronok dapat merasa suasana kampung.......anak2 pun bukan main suka main pasir....anak bando jarang jumpa pasir pantai.....besoknya kami beraya di Kuantan, rumah best friend mak.......sempat juger le kami ke Teluk Chempedak......cik abang kiter x penah pegi Teluk Chempedak.....bg la tgk pantai.......uhuuuu. Kami x mandi-manda pun kat sana....cuma bg anak2 main pasir......



Nilah nenek yang tercinta.......

Di rumah best friend mak.....

Aksi Anak-Anak


Di Pantai Teluk Chempedak.....

Thursday, September 2, 2010

Langkawi ~~ Part 3 (Final)

Lepas dah abis jalan-jalan sepuas-puasnya (dah mengah & penat) kat Gunung tuuuu, kami turun semula. Ingat nak balik terus lagipun masing2 dah lapar tapi kena goda plak dengan dengan kedai2 kat stesen cable car nama apa ntah x ingat village......???? (bgtau lah sapa yg tau). Apalagi shopping la skit2 sambil makan ais krim......SEDAPPP OOOOO!!!!!......Hubby plak terpikat dengan ular.......HAAAA ULAR?!!!! x der mende lain ke yang abang minat? Dia punyala excited nak pegang dan bergambar dengan ular tu. Kena bayar sebanyak RM5 jer pun...Hubby kata bukan selalu boleh dapat peluang ni dengan orang yang x ramai. Sambil dia pegang dan nak bergambar Hubby ajak kami untuk bergambar juga.....aku dengan Isya punyala geli......tapi terpaksa beranikan diri utk bergambar......bagi support kat Hubby.....hehehe....masa ni Naufal bersama mak ngah & pak ngah dia....klu dia ada mau berlari tu......dia penakut skit.....

Tengok muka aku dengan Isya yang penuh suspen.....hehehehe

Lepas dah perabih duit, kami berjumpa dengan mak, abah, nurul & syira di pekan Kuah dan meneruskan perjalanan ke Kg. Mahsuri. Sebelum tu kami balik ke hotel untuk menyegarkan badan.....mandi2 (rimas). Sampai di sana, rupanya dah berubah Kg. Mahsuri. Masuk pun dah kena bayar.....RM5 (dewasa) RM1 (kanak2). Tapi kedai2 kat luar tu macam dah mati....x ramai pengunjung.....hanya tourist yang ramai....org2 kiter ni x nak masuk agakknya sebab nak kena bayar RM5 semata-mata nak tgk telaga dan rumah mahsuri. (Agaknyerlah). Kitaorg pun x jadi masuk memandangkan masuk nak kena bayar lagipun dah pernah masuk sebelum ni.....Lalu arah balik, kami melalui sawah padi yang jarang kami jumpa....memang cantik!!!! Org bandar sakai skit.....hahahahaha. Bergambar lah kami macam nak rak.....kiranya lama juga kami habiskan masa kat sawah padi ni.....padahal lapar giler dah nie.....

 Ni sebahagian gambar la....byk lg....malas nak upload
  
Bila dah abis, kami pergi makan pas tu jalan2 pegi Dataran Lang, ronda2 kat jeti dan pelbagai lagi tempat menarik. Kiranya 3H 2M tu full la.....budak2 pun letih....maklumlah bila lagi nak dapat pegi pun x tau.....Bila sampai hari last day, pagi2 aku kejutkan budak2 untuk mandi kolam.....itu memang agenda utama kalau ada anak2.....Isya selagi x pergi, selagi tu dia tanya bila nak pergi.....mereka punyalah excited bila nampak aku kuarkan baju mandi....Syira pun bukan main lagi.....abis kami laki bini serta adik beradik beremdam sekali......


Dah puas mandi, kami bersiap-siap untuk check-out tapi belum nak balik lagi,,,,,flight kami malam.....nak round last kopek....heheheheh. Shopping beli coklat, toto, pinggan mangkok dan macam2 lagi.....kedai Idaman Suri dan Haji Ismail Group menjadi sasaran. Memang duit macam air la bila pegi sana......Bila dah sampai petang, kami wat keputusan utk ke Tanjung Rhu......memang pantai dia yg paling cantik. Hotel yang mahal2 dok kat situ laaa.....yang paling mahal dengarnya harga bilik berbelas beribu semalam.....salah satunya Four Season Hotel.

sumber : google

Kami menyewa sebuah bot untuk round sekitar pantai Tanjung Rhu sebanyak RM100. Murah tu....harga offer tu......untuk 1 jam......kami pun bukan boleh lama sebab nak berehat kat airport......pemandangan memang cantik......kiranya boleh sempat singgah kat tempat penempatan kolam ikan di laut, bagi ikan makan.........air biru......tenang......memang pengalaman yang indahhh.......masa ni lah kami nampak dari dekat hotel yang mahal tu....memang ala2 mat salleh la.....suasana dia.....klu tgk kat sini......macam2 gambar hotel four season ni. Memang pantai Tanjung Rhu ni mat salleh suka.....sebab ada kapal layar gak......

 Sweet Memories ~~~~

Lepas tu, berangkat la kami ke airport utk balik. Masing2 dah menepek.....berehat la kami di sana.....Elok dah x sabar nak balik....flight delay plak utk 30 minit......dah la flight kul 10.10 malam.....bila delay, kul 11.00 baru bertolak....sabor jelah.....anyway this vacation was enjoyable......credit tu my brother's & sister's 4 ur support.......LOVE U ALL>>>>>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...