Monday, October 25, 2010

Papa & Baby Contest

Entry kali ni special skit sebab untuk pertama kalinya aku ingin menyertai contest dalam blog nie....Saja nak cuba....manalah tau bernasib baik. Aku masuk entry ni sebab merasakan Papa & Syira memang rapat dan serasi.....Lagipun aku x rasa susah sangat syarat entry dia......sapa-sapa yang nak cuba, silalah klik banner di bawah ni atau di sidebar blog saya ni.....
 
Selamat Bertanding !!
 
http://mamiuyun.blogspot.com/


 
Nama Papa : Adi-Putra bin Manap
Nama Baby : Putri Insyirah Hawani
Umur Baby : 2 Tahun

***  Kepada Semua Juri-Juri, Saya Berharap Anda Terpikat Dengan Gambar Papa & Baby Saya Ni........JANGAN LUPA VOTE FOR US.......hehehehehe

Sunday, October 24, 2010

Jambul Ainul Di Potong

Pada hari Sabtu yang lepas, aku~anak-anak~my sis~my parents~ telah pergi ke Felda Palong 7, Bahau, Negeri Sembilan untuk majlis cukur jambul & aqiqah anak buah pertama saya iaitu Siti Ainul Mardhiah. Majlis itu memang meriah sebab ramai penduduk kat situ yang datang dan menolong untuk kerja gotong royong memasak. Kalau cerita bab gotong royong memang aku tabik penduduk kat situ. Mereka memang wat keje laju dan sampai abis, x macam sesetangah tempat tinggalkan keje sekerat jalan. Mak saya pun terkejut dengan kaum hawa yang ramai menolong. Bab nak siang kambing tidak kurang dengan kaum adam yang ramai membantu. Tahniahla kepada anda semua!!!!! Saya rasa kalau x kerana anda semua, keje ni memang dah boleh dilakukan dalam jangka masa pendek. Tidak lupa juga abah saya menunjukkan skill dia sebagai tukang masak hehehee....caya la bah!!!!!



Majlis ni diadakan dua sesi....sesi pertama : majlis bacaan tahlil, doa selamat serta cukur jambul dikalangan ahli masjid. Sory la gambar x sempat ambil sebab kamera dalam bilik telah dikepung oleh ahli masjid hehehehe......Sesi kedua : barulah majlsi marhaban tapi sebelum tu diadakan bacaan yasin. Setelah selesai marhaban jambul Ainul dipotong.....hehe
Selesai dikalangan ahli marhaban, kaum kuarga juga diberi peluang untuk memotong jambul Ainul.....cian Ainul....ramai juga yang memotong jambulnya....heheheheehe. Maklum berharap Ainul akan menjadi anak yang solehah...Aminn....

Gambar-Gambar Comel Ainul Yang Sempat DiSnap....

Majlis selesai jam 4.30 petang.....kami trus berkemas sekali lagi secara gotong royong dan selesai jam 6.00 petang. Lepas Mahgrib kami berangkat pulang.....LETIH WOOO!!!!! Ainul punya pasal it's ok......

Monday, October 18, 2010

Bangga @ Malu !!!!!

N3 kali ni aku nak luahkan pendapat dan kenyataan mengenai anak-anak. Aku perlukan pendapat atau komen kalian. Apa yang aku perasan sekarang memang x dinafikan zaman sekarang kebanyakan anak-anak sudah cerdik. Ibu bapa masing-masing bangga mempunyai anak yang cerdik. Bangga nak bercerita tentang anak mereka yang pandai. Tapi yang paling aku x paham kenapa macam aku x pernah dengar ibu bapa yang risau atau bertanya pendapat pada orang lain tentang anak mereka yang kurang cerdik?????? Bagaimana nak memajukan mereka????? Mestikah mereka terus ketinggalan?????? Atau ibu bapa sekarang memang malu nak mengaku yang mereka mempunyai anak yang kurang cerdik, lembap atau duduk kelas terakhir???? Jika mereka duduk di kelas terakhir, adakah meraka akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak sekolah????? X tahulah......Aku cuma meluahkan perasaan, jika ada sesiapa yang kurang senang, maaf ku pohon.......





Bukan apa, kadang-kadang menyampah gak asyik dok dengar ibu bapa yang asyik dok puji anak dia.......tau la anak awak tu pandai.....kadang-kadang kiter lupa bila bercakap tu, kiter mengecilkan hati orang lain yang anak dia nasib x sebaik kiter.......

Friday, October 15, 2010

Cocktail

Entry kali ini ku tujukan khas wat peminat cocktail ku.....hahahahahaha.....perasannyer!!!!! Jangan marah.......Ni sempena jamuan raya 'Pot Luck' R & D Department ari tu......so, menu aku yang senang la aku pilih iaitu COCKTAIL. Menu ni actually resepi daripada bonda (kak saba) aku ambil. Bila dah jamu rupanya ramai gak peminatnya......hehehehe.....Jadi aku nak berkongsi la sikit bahan-bahan yang digunakan.......Masa nak bancuh adala anak murid yang nak berguru.....uhuuuuuu. BAHAN-BAHANNYA IALAH (siap ambik gambar lagi sebab ada anak murid iaitu Buyong Senior (Ayu) yang mintak diambil gambar bahan, nak beli serupa macam aku beli ADUHHHH!!!!!!) **** x nak lari rasa katanya :-

 Buah-buahan campuran, laici (cap x kira cap apapun) - 1 tin setiap satu

Susu Cair - 2 - 4 tin

Agar-Agar Jeli (1 paket setiap satu) - Boleh beli mengikut citarasa masing2. Macam aku pilih perasa Mangga (kuning), Limau (hijau), Strawberi (merah). Cara memasak jeli tu ada pada kotak jeli tu tirula sebijik-bijik.

Nata De Coco - 1 paket

Pineapple Cubes - 1 tin

Bahan2 seperti di atas boleh dibuat untuk 2 bancuhan. So, setiap bancuhan mesti diletakkan 2 tin susu cair. Kiranya bahan ni klu korang beli memang boleh wat makan ramai2.

Inilah rupanya bila dibancuh
Semasa nak beli bahan cocktail serta bahan keperluan lain untuk jamuan, sempat jugerla i and the geng bergambo kenangan.....hehehehehe



Akhir kata, SELAMAT MENCUBA!!!! MOGA-MOGA MENJADI COCKTAIL U ALL HEHEHEHEE.

Monday, October 11, 2010

Wong Solo

Nak sambung citer sambutan besday Syira ari tu.....malam tu rezeki Syira agaknya.....papa dia boleh balik untuk sambut besday dia.....ala bukan la sambut besar-besaran pun....pegi makan-makan jer....kat WONG SOLO........restoran ni menyajikan makanan dari Indonesia...memang menjadi tempat favourite saya, mak saya, yati (my officemate) - infact diala yang ajor aku makan Ayam Penyet.....disebabkan sangat la sedap aku pun suggest kat Hubby, haaaa apa lagi teringat-ingat la dia kat Pecel Lele tu.......So, malam tu kami order makanan yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.....iaitu Set Ayam Penyet, Set Pecel Lele, Gado-Gado, Sup Ayam & Telur Dadar (lauk anak-anak). Memang kalau makan terangkat punya!!

Set Ayam Penyet - Ayam Kampung Dia Memang Lembut Giler, Sambal Merah Yang Pedasnya Terangkat, Sayur Terung Yang Perh!!!!

Set Pecel Lele (Ikan Keli)

Gado-Gado

Lambaian Besday Girl.....



 **** Kepada yang belum mencuba.....Silalah.....

Wednesday, October 6, 2010

Ni Bukit Ke Gunung ??? !!!

Nak citer skit pasal keje saya kat umah bila hujung minggu iaitu LIPAT BAJU ....... tiap-tiap hujung minggu kain baju untuk dibasuh, dilipat dan digosok memang bertimbun bak bukit & gunung.....uhuuuu. Bukan merungut cuma kadang2 nak muntah tengok kain baju melambak-lambak.....ni baru 5 beranak.....tu yang bila dah penat lipat baju malas dah nak kuar jalan-jalan sebab melipat kain baju jer dah makan masa. Tapi, sapa yang kenal saya, memang tau klu nak jalan punya pasal dengan lajunyer (lebih cepat dari Nationwide Express) aku akan menyiapkan keje rumah...haaaaa....pas tu pancit.....hwahahahaha....Terpikir jugak macam mana la rupanya orang yang anak ramai, macam mana dia uruskan kain bajunyer yer.....???? Kalaula ada MESIN LIPAT BAJU.....hmmmm.....gamaknya bertambahla lemak-lemak di badan saya ni....hehehehehe.....ni pun wat keje rumah yang ada skang ni pun x kurus-kurus....apa nak wat nasibbbb badannnnn```````

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

**** Kain baju rumah kawan-kawan banyak macam saya x????

Monday, October 4, 2010

Masak - Masak Raya

Entry kali ni yang saya nak citer dah agak ketinggalan juger.....sory la saya ni memang selalu tertinggal keretapi.....hehehehe. Masa cuti raya lepas dah abis beraya di rumah mak mertua, tiba-tiba aku terasa nak makan nasi impit, kuah kacang + daging, lemang + rendang cili api buatan aku sendiri. Hubby pun kebetulan pun nak juger. Anak-anak memang suka nasi impit dengan kuah kacang tu. So, aku pun beli la bahan-bahan (dari resepi mother i) dan masak. Bila dok dengan mak, malas nak masak cause masakan mak lagi sedap, ni dah dok sendiri padan muka kena masak sendiri dengan bantuan assistant chef - my sis Nurul.......hahahahaha......Alhamdulillah, setelah mendapat kelulusan rasa dari chef yang diimport dari Bangi iaitu ibubapa tercinta, I LULUS!!!!!!! Bukan apa saja nak berkongsi dengan anda semua kegembiraan saya.....hehehehehe....

Masakan Raya Serta Biskut Raya

Saya ni bila masak bukan x nak panggil orang lain makan masakan saya, cuma x confident nak bagi kat orang luar makan.....TAKUT X SEDAP........ 

Kepada sesiapa yang nak datang ke rumah saya sila la call dulu supaya saya boleh wat food testing terlebih dahulu hehehehe......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...