Monday, April 25, 2011

Bila Sasau Datang...hehehehe

Aku ni kebanyakan xtvt sekarang, nak pi mana2 pun seboleh-bolehnya akan mengajak My Sis & Her Fiancee untuk join aku.......sebab memang sama sewelnya dengan aku.....hahaha....ada la dua tiga kali aku dapat melepaskan tension dengan tengok wayang bersama my sis & tunang tanpa anak2.....yuhuuu.....(anak-anak,,,atuk & wan dia jaga daaa....hehehe).....jadi dapatla disnap beberapa aksi ala2 poyo kami sebelum masuk wayang..... 

SELAMAT MENONTON!!!!


My Sis ni klu ambik gambo, memang ala2 perasan dia ni cun giler konon.....hahahaha


 Muka Masing2 Ala2 X Cukup Umur.....uhuuuu




***** Nurul & Shahrul.....bila lagi nak wat keje giler ????? hahahahaha 


 

Wednesday, April 20, 2011

Isya's 8th Bufday

Sebenarnya ni citer zaman tok gajah......aku yang lupa nak citer...hehehe....bila tengok gambo rupanya ada yang belum diciter.....uhuuuu.....entry kali adalah sambungan dari citer INI. Isya beruntung tahun ni sebab besday dia disambut 2x.....skali sambutan ala kecil-kecilan di rumah (kek papa dia yang belikan) pastu sambutan kedua dibuat pada majlis pertunangan mak usu dia....hehehe....my family yang request supaya wat time majlis sebab nak bagi meriah.........

Kepada PUTRI BATRISYIA BINTI ADI-PUTRA ~~~~ mama doakan anak mama memperoleh keberkatan hidup di Dunia & Akhirat, berjaya dalam bidang yang diceburi, menjadi manusia yang berguna.....AMINNNN........


Cheese Cake yang dibeli oleh Papa Isya......



Naufal & Mama tumpang sekaki.....hehehe



She's very happy......
 

Bersamanya.......sama x rupa????? hehehe



*** Pasni besday sapa plak????? hehehehe............



Sunday, April 17, 2011

~~ Bosaaannnnn ~~

Disebabkan boring aku yang tahap cipan hujung minggu ni......aku nak wat entry pasal satu tugas pejabat yang aku kurang gemor (boring) iaitu   MEETING. Kalau dapat memo panggilan mesyuarat, memang aku akan cakap "Alaaaa Kena Meeting". X tau la kenapa aku x suka meeting.....x dapat nak dijawab....Tapi dalam boring2 dan x suka tu, terubat la skit dengan pengumuman dari Big Bos yang mengatakan Minit Mesyuarat yang lepas sangat bagus, mudah dan senang difahami......hahahaha....Nak tau x sapa yang wat????? Sapa lagi klu bukan Noor Laizan (aku ler tu...) uhuuuu.......yang jadi aku kena wat minit 2 sebab menanggung keje PA (PA Cuti Bersalin).....wat minit memang benda yang den klu boleh nak elakkan......haha.....So, dalam masa dok meeting tu....dalam keadaan yang boring aku pun snap la beberapa pics......uhuuu...





Punya la boring, gambo tangan sendiri pun nak ambik....hahaha
Sambil tu nak tunjuk la minit i yang dapat pujian...hehehe


Muka2 boring & ngantuk....hehehe
Lagi muka sendiri snap.....hahahaha


*** Tolong bagi tips skit nak bagi suka masuk meeting.....hehehe.....


Friday, April 15, 2011

~~ Semua Dah on9 ~~

Citer kali ni agak lama aku peram sebab x sempat, sibuk + malas.....hehehehe.....tapi rasanya patut gak berkongsi citer ni dengan anda semua.....aku ni bila dah sibuk dengan keje nak kuar pun dah malas dan sejak dah ada anak sekolah, waktu lunch memang diabiskan dengan mangambil & menghantar anak sekolah.....sebelum ni nak wat apa2 urusan peribadi memang aku gunakan waktu lunch. Memang cuba akan mengelakkan guna waktu bekerja.....almaklumlah pekerja cemerlang....hahahahaha....

Jadi nak dijadikan citer, tanpa disedari rupa-rupanya walaupun dah ingat banyak kali hehehehe....roadtax & insuran nak expired pada 26 Mac 2011 yang lepas. Dalam dok ingat2 nak renew lupa gak disebabkan sibuk dengan keje dan ingatan yang sudah tua...hehehehe. Apalagi kelam kabut la nak renew sebab bila ingatan tu datang tarikh dah 23 Mac 2011 masa tu.....cam mana aku nak wat ni.....tiba2 teringat dengan email yang diterima dari Etiqa mengenai renew insuran secara on9 melalui Maybank2u siap dapat diskaun 10% lagi.......aku rasa tu yang paling mudah dan menjimatkan masa pada waktu itu.....

So, tanpa berlengah aku trus on9 Maybank2u (tapi sebelum tu pastikan duit yang mencukupi ada dalam akaun yer hehehehe.....) dan pergi ke butang Insurance....ikutla langkah2 yang ditetapkan....Insya Allah x susah pun......sebab bagi aku yang first time ni pun senang nak faham....janji salinan @ geran kereta ada pada waktu itu untuk rujukan. Bila dah sampai peringkat bayar, trus Etiqa akan email E-Cover Note dan Resit Pembayaran kepada kiter. Senangkan???? Dah sampai page terakhir...yang bestnyer trus boleh link ke MYEG untuk renew roadtax pulak.....hahahaha.....senang giler x yah nak beratur panjang, berpanas, buang minyak, buang masa......KLIK ~~ KLIK jer.....esoknya roadtax dah boleh dapat....siap hantar ke ofis lagi.....cuma besa la kena la bayar upah nak hantar kan....RM6 jer pun.....

Jadi berjayala juger aku renew insuran & roadtax sebelum tamat tempoh.....uhuuuu.....Thanks To MYEG & ETIQA.....anda memudahkan hidup saya.....

*** Aku ni x la pandai nak menerangkan sangat proses tu.....tapi klu ada yang nak bertanya  dan memang x clear dengan apa yang diceritakan, boleh la comment untuk bertanya k.....



Wednesday, April 6, 2011

Isya Tukar "Belt"

Baru2 ni selepas bertungkus lumus berlatih taekwando 2x seminggu (Sabtu & Ahad) selama 2 bulan, Sir (jurulatih) Isya telah memberi Isya kebenaran untuk ujian "Greding" iaitu tukar warna tali pinggang taekwando. Setelah mengisi borang dan membayar yuran ujian sebanyak RM50, Sir mengadakan kelas tambahan  selama 1 1/2 jam di sebelah malam (hari biasa) sebelum ujian pada hari Sabtu pada minggu yang sama. Isya memang teruja bila dapat tahu yang dia berpeluang untuk menukar warna belt dia.....hehehehehe.......aku pun sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam apa yang diceburinya. Aku ni pun berdebar gak sebab meletakkan harapan untuk Isya lulus......

Hari yang ditunggu telah tiba......Isya berasa lebih bersemangat sebab turut memberi sokongan pada hari ujian itu ialah My Sis & Her Fiancee serta Atuk & Wan nya yang tercinta dan tidak lupa adik2nya...... My parent's especially My Dad sentiasa memberi support pada cucu-cucunya dalam apa jua aktiviti. He love my kid's so much.....So, sebelum waktu ujian bermula Isya diarahkan untuk sampai awal kerana mesti warm up badan dulu. 

Disebabkan ini kali pertama aku menghadapi situasi macam ni, aku pun tertanya-tanya la macam mana ujian greding ni dijalankan. Pada hari tersebut terjawab la persoalan aku. Mereka akan diasingkan mengikut warna belt masing2 pastu nama akan dipanggil untuk pengesahan kehadiran. Mereka akan diuji secara berkumpulan mengikut warna belt masing2 dengan diketuai oleh pelajar yang telah mendapat full tali pinggang hitam (yang sebenarnya telah layak dan dilantik oleh Sir untuk menjadi tenaga pengajar). Ketua bagi setiap group warna tali pinggang ini akan memberi arahan untuk melakukan gerakan dan akan dituruti oleh mereka yang diuji. Setiap gerakan mereka akan diperhatikan untuk memastikan pergerakan tersebut dilakukan dengan betul & sharp.


Reaksi Muka Isya Yang Selamba Dalam Kereta Sebelum Ujian.....hehehehe


Disebabkan Isya merupakan group belt putih, so ujian mereka kena giliran terakhir sekali. Sementara tu boleh la Isya tengok macam mana group lain buat....hehehehe. Bila dah sampai giliran group Isya aku memberi isyarat semangat pada dia - "Wat Betul2". Isya mengangguk jer. Dah abis aksi ujian Isya,aku ingat boleh dapat tau result lulus @ tidak terus.......rupanya kena tunggu sampai minggu depan........hahaha....bertambah suspen la aku....sekarang aku hanya mampu berdoa......hmmmm.


 Suasana dalam dewan dengan gelagat Naufal & Syira yang 
menyaksikan kakak mereka....hehehehe


Minggu depannya....aku bawa Isya ke kelas taekwando seperti biasa. Selepas selesai berlatih, Isya diberi khabar berita gembira yang dia lulus ujian tersebut.......seronok betul dia....aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah...........jadi bila dah lulus ujian, Isya akan diberi belt warna kuning serta sijil yang akan diberi kemudian. X sia-sia Isya berlatih.


 Aksi Isya semasa ujian & selepas mendapat belt kuning.......


**** Sooo.....pada sapa2 yang nak kacau anak dara i jaga-jaga.....nanti dia kick u all....hahahaha.....Caiyok Anak Ku!!!!!!



Monday, April 4, 2011

Hepy Bufday To Me !!!!

Tanggal 2 April 2011 ~~~~ Genaplah usia ku 32 tahun.....seperti biasa aku x expect apa2 yang special cuma ingat nak sambut makan di luar bersama My Lovely Sis bersama anak2. So, aku dah tanya awal2 kat my sis dia balik awal @ lambat.....dia kata balik awal......Dengan penuh rasa gembira menanti dia pulang dari kerja pastu lepas Maghrib nak kuar. Akan tetapi ku tunggu2 x kunjung tiba.....aku dah mula rasa sedih sebab dah pikir mesti dia kuar dating dengan tunang dia......sampai kul 10 malam pun x balik lagi....terkubur la hasrat ku untuk keluar makan pada malam itu.....mula la hati menjadi sedih sebab merasakan x der sesiapa untuk menyambut besday aku huaaaaaaa!!!!!!!

Tetapi dengan tiba2 selepas selesai lipat baju (sedih punya pasai lipat baju abis cepat....hehehehe) pintu rumahku telah diketuk dan dibuka......alangkah terkejutnya aku melihat kelibat My Sis & Tunang serta My Mom sambil tersenyum My Sis cakap "Happy Birthday Along!!!!" dengan membawa sekotak kek dan satay.....hahahaha....gembiranya aku.......mereka rupanya ingat kat besday aku......I LOVE SURPISE ~~~~~ sambil menunggu My Dad balik dari kerja, aku pun mandi cepat2 & touch-up skit almaklumla Besday Girl hehehehe.......my besday celebration di sambut awal skit la....sebab my perants nak balik awal....x per janji sambut...yahoooo......


My Besday Cake....."Epy Beranak Day Along"


My Sis Siap Beli Topeng Muka Lagi.....hehehe


Suasana di rumah yang riuh seketika.....hahaha


Besday tahun ni x der adiah tapi ada la beberapa penghargaan, kad ucapan serta ucapan yang bertalu-talu di FB yang diterima....hehehe...alhamdulillah tetap bersyukur.....


Kad Ucapan dari Agen Insuran Ku....thanks Khadijah....


Beberapa Voucher dari Sogo.....Dari Jaya Jusco aku x dapat ke???

So.....dalam erti kata lain memang aku amat terharu dan gembira dengan surprise yang dibuat..... 

"Thanks to all my family & my kids for the support u give to me untill now. U all r d strength for me to move on"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...