Tuesday, July 27, 2010

Resepi Yee Mee Cantonis

Di atas permintaan ramai .... ewahhhh!!! Perasan,,,,padahal baru sorang jer yg mintak resepi iaitu biras i....Farihah. Dia nak resepi utk try...so, i wat la entry ni...Nak kena ingat2 sejarah perbuatan membuat yee mee ni maklumlah mudah hilang ingatan dah TUA....hahahaha...Masa masak main campak2 jer....Inilah resepinya......Bahan & Kuah yg diberikan adalah mengikut sukatan satu bungkus yee mee (5 gulung).


Yee Mee Cantonis

Bahan-Bahan :

Bawang putih (3-4 ulas)
Bawang merah (4-5ulas)
Kiub ayam (2 ketul)
Tepung jagung (mengikut kepekatan kuah)
Telur (ikut suka)
Sayur sawi baby, fish kit, udang (mengikut citarasa - klu nak tmbh bhn lain pun ok gak)

Cara-Cara :

Tumis bwg putih & bwg mrh sehingga wangi, pas 2 bubuh air secukupnya....kiub ayam dimasukkan skali dan tunggu sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan bahan-bahan seperti sayur, fish kit dan udang. Bancuh tepung jagung sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam kuah dan lihat kadar kepekatan kuah mengikut citarasa masing2. Last skali pecahkan telur. Didihkan kuah. Yee mee dimasukkan bila nak makan. Misalnya, letak yee mee dlm mangkuk dan tuang kuah yg sedang dididihkan ke atas yee mee. Siap utk di makan....Kalau nak pedas, buat berasingan kicap pedas tu....huuuuuu marveloussss....

Yang penting, jangan lupa jemput saya makan bila dah buat....hehehehe


"SELAMAT MENCUBA"

 


Monday, July 26, 2010

Yee Mee

Baru-baru ni aku masak Yee Mee Cantonis...... Cehhhh ..... Mcm la sedap sgt masak .... hahahahaha. Tapi anak-anak memang suka makan Yee Mee, tak kira la masak apa pun....kalau skali masak tu, abis la sebungkus yee mee yg ada dlm 5 gulung 2......so, sajer nak kongsi dgn kawan2 ..... hehehehe klu nak resepi telefon la i .... hahahahaha




Thursday, July 22, 2010

Syira - Part 4 (Final)

Aku tertinggal nak bgtau yg Syira ada masalah lain selain Tiroid iaitu air kencing dia ada kuman. Result dia kuar x lama selepas result darah dia kuar. Bertambah pening aku dan hubby dgn masalah Syira. Ya Allah......Aku cuma kesiankan dia....x sanggup rasanya nak menghadapi semua ini.....walaubagaimanapun aku redha dan terus berfikiran positif yg semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Lepas pada tu, seawal umur sebulan Syira dah kena makan ubat Tiroid dan ubat utk air kencing yg berkuman. Allah tu Maha Adil dan Pengasih. Syira diberi kelebihan utk memakan ubat tersebut setiap hari iaitu pagi dan malam tanpa sebarang masalah sehinggalah sekarang dia berumur hampir 2 tahun. Dia boleh telan ubat tu dgn senang. Syukur Alhamdulillah......Ubat ni kawan2 Dr. pesan x boleh tertinggal 1 hari pun sbb takut nanti terjejas pembesaran dia....Jadi aku mmg ikut kata Dr. dan aku memang tegaskan pada hubby juga....maklumla kadang2 org laki ni suka ambil mudah. 

Saya akan ke hospital setiap 2 bulan skali utk pemeriksaan susulan dan Dr. pada masa tu akan periksa tahap pembesaran dia dari segi Berat, Tinggi, Ukuran Kepala sama ada berada dalam tahap yg memuaskan (normal). Seminggu sebelum berjumpa Dr., aku akan dtg ke hospital utk Syira di ambil darah dan urine. Maknanya bila waktu appointment dah sampai, result tu dah ada dgn Dr. Setiap kali Syira kena ambil darah dan urine, air mata aku ni dah seakan kering bila dgr dia menangis....(sedih.....aku x pernah cerita hal ni pada org lain selain rakan sekerja & family). Utk pengetahuan korang, Syira kena makan ubat Tiroid sehingga dia berumur 3 tahun (bermakna bila berhenti makan ubat & scan leher dia pada waktu umur ni, dan tgk hormon tiroid dia normal, Syira akan dihentikan makan ubat Tiroid.) Dan ubat kencing kuman sehingga dia berumur 2 tahun kalau air kencing Syira dah normal. Sepanjang tempoh dia buat pemeriksaan di hospital, Syira kena scan leher, buah pinggang. Scan leher ni biasa jer mcm kiter scan perut. Tapi scan buah pinggang ada 2 jenis iaitu scan biasa dan detail scan. Scan pinggang biasa ni mcm scan leher cuma detail scan pinggang ni special skit. Mesin dia ada kat HKL jer. Mesin dia kawan2 besar tul.....satu bilik besar 2x masterbedroom tu bubuh satu mesin tu ajer......Ia di panggil DMSA. Nak tau pasal DMSA, boleh tgk kat link ni..... klu tgk procedure dia sblm nak wat scan tu, aku x reti nak citer mcm2 nak kena wat. Bacalah link kat atas tu....klu nak citer nangis den kang.....

Bila dah kena lalui semua ni, aku dah kena jd mcm Dr. sbb penting utk aku faham apa yg akan Syira lalui. Dr. pun suka bila parents yg peka dgn apa mereka akan buat. Bila aku tau Syira nak kena wat DMSA ni, trus aku cari info utk dibaca. Wat detail scan utk buah pinggang penting memandang air kencing dia yg berkuman....Dr. takut effect buah pinggang dia....bila wat scan ni, kita dpt tau samaada buah pinggang dia luka, berparut atau size normal atau x.....setelah di scan, mmg betul buah pinggang Syira ada problem skit. Buah pinggang dia ada sedikit parut. Klu nak citer pasal apa buah pinggang dia ada parut, pjg lg citer aku ni.....x pelah biar aku jer tau yer....    Alhamdulillah kawan2......berkat susah payah dan disiplin aku, hubby serta family memberi Syira makan ubat, tahap hormon Tiroid Syira dan normal dan air kencing dia pun dah x der kuman. Cuma makan ubat masih kena diteruskan mengikut umur yg ditetapkan sbb Dr. x nak ambil sebarang risiko. Insya Allah appointment dia pada bulan 9 nie, akan menentukan samaada Syira perlu teruskan @ tidak makan ubat air kencing kuman tu....Doakan yg terbaik utk Syira yer kawan2.....Cepatlah Sembuh Anak Mama.....Mama sentiasa doakan yang terbaik Untuk Anak2 Mama.......Aminnnnn.....

Sedikit Koleksi Gambar Syira Untuk Tatapan Kawan2


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...