Monday, October 4, 2010

Masak - Masak Raya

Entry kali ni yang saya nak citer dah agak ketinggalan juger.....sory la saya ni memang selalu tertinggal keretapi.....hehehehe. Masa cuti raya lepas dah abis beraya di rumah mak mertua, tiba-tiba aku terasa nak makan nasi impit, kuah kacang + daging, lemang + rendang cili api buatan aku sendiri. Hubby pun kebetulan pun nak juger. Anak-anak memang suka nasi impit dengan kuah kacang tu. So, aku pun beli la bahan-bahan (dari resepi mother i) dan masak. Bila dok dengan mak, malas nak masak cause masakan mak lagi sedap, ni dah dok sendiri padan muka kena masak sendiri dengan bantuan assistant chef - my sis Nurul.......hahahahaha......Alhamdulillah, setelah mendapat kelulusan rasa dari chef yang diimport dari Bangi iaitu ibubapa tercinta, I LULUS!!!!!!! Bukan apa saja nak berkongsi dengan anda semua kegembiraan saya.....hehehehehe....

Masakan Raya Serta Biskut Raya

Saya ni bila masak bukan x nak panggil orang lain makan masakan saya, cuma x confident nak bagi kat orang luar makan.....TAKUT X SEDAP........ 

Kepada sesiapa yang nak datang ke rumah saya sila la call dulu supaya saya boleh wat food testing terlebih dahulu hehehehe......

Monday, September 27, 2010

Sambung Skit Raya Ular ):

Sambung skit citer derma darah waktu cuti raya.......dah abis derma darah ingatkan nak ajak hubby gi IKEA tapi.........HAMPA"""""" dia nak ajak gi Muzium Negara.....nak tengok pameran ular katanya......aku pun akur laaa......aku bukannya suka nak tengok Ular ni.....X MINAT....ikutkan jela cakap orang yang jarang dapat berjalan.....hehehehe. Isya pun excited juger bila dengar nak tengok pameran ular.....bila sampai sana kebetulan ada live show ular. Berlari-lari anak-anak nak tengok.......excited dapat tengok live show ular.......termasuk hubby.....uhuuuu. Dah abis tengok pameran ular jalan2 la sekitar muzium wat lawatan hahahaha......maklumla dah lama x pegi muzium walaupun adik ipar ada keje kat situ....BAGUS X ???????   

Puas hubby dapat gak tengok pameran ular.....wink***




Thursday, September 23, 2010

Derma Dare ke Darah?????


Baru-baru ni masa cuti raya panjang, aku tiba2 teringat yang aku dah lama x derma dare......oppppsss!!!! tersalah sudah......bukan derma dare tapi derma darah.....actually ni bukan kali pertama aku menderma.....dah masuk 5x.....bila menderma darah ni, korang akan rasa bangga pada diri sendiri sebab dapat membantu secara x langsung kepada yang memerlukan......disebabkan adik aku keje di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak aku pegila ke sana dengan Hubby dan anak2......Hubby pun nak menderma wat kali kedua setelah sekian lama.....tapi x boleh sebab dia kebetulan puler x berapa sihat (batuk & selsema)....aku jer la.......aku cuma mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk 1 pek darah.......kepada sesiapa yang belum menderma, pegilah menderma kepada sesiapa yang layak.......

Nak derma mesti ada beberapa kriteria yang mesti dipenuhi iaitu :
  • Berumur 17 tahun ke atas dan berat badan melebihi 45kg.
  • Hendaklah sihat sepenuhnya.
  • Darah diambil mengikut berat badan....jika berat badan di antara 45-50kg (350ml darah diambil) manakala berat melebihi 50kg (450ml darah diambil) 
  • Hendaklah makan terlebih dahulu sebelum menderma. Yang bestnya bila dah abis derma darah anda akan dapat sijil penghargaan dan makan FREEEE.......hehehehehe

Jika nak menderma semula hendaklah diambil gap masa 2-3 bulan baru boleh menderma. Dalam erti kata lain memang syok la derma darah ni.....Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok website PDN >>> www.pdn.gov.my


**** Sambil menunggu aku menderma darah, hubby & anak-anak sedang enak menjamu selera McDonalds.....uhuuuu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...