Monday, July 19, 2010

Syira - Part 3

Begitulah keadaan yang aku hadapi sehingga kandungan berumur 9 bulan. Bila tiba tarikh yg dipilih, aku ckeck-in hosp. (ewahhh, mcm check in hotel la plak...heheheh) awal sehari sebelum caesarean. Family iaitu abah, mak, hubby dan my lovely sis turut temankan aku. Reason kena admit awal cause stat 12 tgh mlm aku dah kena puasa, kena check perut, tekanan darah supaya semuanya ok. Aku merupakan org yg pertama kena caesar pd hr esoknyer iaitu pada pukul 8 pg. Gementar jugak sebab aku dah blh tau apa mereka akan wat.....sampai bila waktu sebelum masuk bilik pembedahan, kena ambil tekanan darah (jd darah tinggi....hehehehe). Nurse ckp kat aku "Akak nervous yer....tekanan darah akak tinggi. Rileks la kak, kan dah biasa". Aku ckp la "Sebab dah biasa tu yg nervous sebab dah tau apa yg nak dilalui".  Nurse suruh aku ambik nafas, rileks pas 2 br dia ambil bacaan yg baru...... Pagi tu Hubby dan My Sis awal2 lg dah standby kat bilik menunggu.

Tepat jam 10.30 pagi, Syira selamat dilahirkan. Lega dan hiba rasanya. Nurse trus bawa  baby berjumpa Hubby utk di Qamatkan. Sementara tu, aku dibawa ke Wad Pemulihan utk memanaskan bdn aku yg menggigil (tak tau la sebab apa - mungkin byk kehilangan darah atau bilik bedah tu yg sejuk???? ntahla....) Selepas hampir 1 jam, baru aku dpt jumpa dgn baby kat wad dgn ditemani oleh Hubby dan My Sis yg sgt gembira....Mak dan abah sampai lewat skit bersama Isya dan Naufal. Isya bkn main seronok dpt tgk adik diaaa......"Mama comelnyer baby ni....adik isya yer....".

Gambar Syira waktu baru dilahirkan......

Masa lahir kuning Syira memang x serius tapi bila dah balik ke rumah selepas beberapa hari, kuning dia datang......kejap tinggi kejap rendah tahap jaundis dia.....bayangkan seawal aku pantang 7 hari & kena bedah (dgn keadaan yg masih sakit utk berjalan) dah kena bawa kereta sendiri ke klinik dan hospital utk bawa Syira periksa tahap Jaundis dia. Masa tu Hubby kena keje, Abah pun kene keja........Mak la yang temankan saya utk pegang baby. Sampai satu tahap Syira kena tahan di wad untuk semalam kerana tahap Jaundis dia yg terlalu tinggi. Dalam keadaan yg masih lemah dan sakit serta x cukup rehat aku terpaksa juga bermalam di hospital utk menyusukan baby. Keadaan aku masa tu memang stress sebab aku pun emosi x stabil.....berpantang kannn...but by that time my sister lah yg byk bg support dan semangat pada aku.  "I REALLY LOVE HER VERY MUCH". She's always be there when i need her. Dia selalu temankan saya ke mana jua jika Hubby x leh nak temankan.

 "My Lovely Sister"

Bila keadaan Jaundis Syira berterusan selama 15 hari,  pihak hospital terpaksa mengambil darah sebanyak 6 tiub kecil dan 2 tiub Urine skali. Masa kena ambil darah, aku x sanggup nak dgr dia nangis.....hati aku hiba sgt sebab seawal usia 15 hari Syira dah kena lalui pelbagai kesakitan.....kalau lah boleh aku gantikan tempatnya......(sub....sub....). Utk pengetahuan korang, kalau nak ambil urine baby girl, kena masukkan tiub kecil ke dalam saluran kencing, baru boleh ambil sampel Urine tu....(sakit tu hanya Syira yg tau....) Selepas seminggu, pihak hospital menelefon aku utk dtg dan berjumpa Dr.. Aku dan Hubby diberitahu result bahawa tahap hormon tiroid Syira sgt rendah tu la sebab jaundis dia berterusan. Ia dipanggil "Congenital Hypotyroidism". Bila aku dapat tau pasal sakit ni, aku trus rujuk info pasal sakit ni di sini.

Aku cuba utk memahamkan diri aku pasal sakit ni sebab aku kena laluinya selepas ni selain penerangan dari Dr. Bermulalah peristiwa kena slalu pegi hospital utk rawatan susulan.....post seterusnya aku akan ceritakan apa yg dilalui Syira waktu membuat rawatan susulan.....


Tuesday, July 13, 2010

Syira - Part 2


Bagi orang yg dah biasa gi check up klinik kerajaan, klu first time register mesti kena jumpa Dr. cause dia akan wat detail check up....so, aku pun tidak terlepas dari itu. Bila nurse dan Dr. wat detail check pada perut, tanya mcm2 mengenai sejarah kelahiran sebelum nie, tiba2 x semena-mena Dr. check kat leher aku. Pas tu Dr. ckp ada bengkak skit kat leher kanan aku. Aku pun cuak gak lah.....Dr. suruh aku wat detail check kat hosp. Kebetulan disebabkan aku dah caesarean 2X, aku kena booking hospital seawal kandungan 5 bulan. Pegila aku ke Hosp. Putrajaya sebab sblm nie Naufal lahir pun di sana. Rekod aku pun dah ada. Bila aku bawa surat dr Dr. Klinik Desa, diorang pun ambik darah utk pemeriksaan lanjut. Yang aku x larat tu dah kena pegi appointment check perut di 2 tempat iaitu klinik dan hospital seawal kandungan 5 bulan. Letih rasanya nak ngadap Dr. Hmmmmm.....apa nak wat dah nasib badan....pengorbanan menjadi ibu......Aku plak mmg selalu kena gi check up sorang2 cause Hubby bukan blh nak teman, maklumla keje swasta susah nak minta masuk lambat @ kuar awal....

1 minggu kemudian result darah dah kuar dan pihak Hosp. call utk wat appointment jumpa Dr. Bila tarikh temujanji dah tiba, Dr. bgtau tahap Hormon Tiroid aku rendah. Aku kena start makan ubat Tiroid (Thyroxsin) dgn segera sebab aku ngandung takut pembesaran babyormon Tiroid ni penting utk pembesaran baby dan balancekan kandungan hormon dlm bdn aku....aku jd blur kejap, sebab sebelum ni aku x der sejarah Penyakit Tiroid ni.....perkara pertama yg aku ingat APA AKAN JADI PADA BABY AKU??????. Aku ceritakan pd Hubby dia risau gak....bila tgk aku sedih dan murung.....Parents aku risau gak dgn keadaan aku tapi aku berdoa semoga baby yg dikandungkan tiada apa2.....cedih bila teringat, sub...sub...). Mental dan semangat aku kena kuat utk baby aku.

Sepanjang waktu mengandung, aku kena wat mcm2 ujian (darah, air kencing, scan perut dan leher, minum air gula) cause Dr. takut pada sebarang risiko pd baby.....Tuhan jer tau apa perasaan aku....Tapi aku nie mmg jenis kuat semangat agaknya sebab Abah dan Mak dah didik aku utk menjadi org yg kuat semangat dan berdikari sebab bapak aku askar....seorang yang tegas dan berdisplin.....aku boleh harungi semua tu seorang diri tanpa Hubby di sisi...Klu mcm korang yg lain mesti Hubby dpt selalu temankan yer....Aku beruntung sebab ada seorang suami yang amat memahami (klu aku murung dia selalu nasihatkan supaya jgn fikir yg bkn2), kawan2 yg sentiasa beri support dlm keje........Thanks 2 You All..... 

(to be continued)

Friday, July 9, 2010

Syira - Part 1

Entry saya kali ni nak cerita pasal anak saya yang ke-3. Panggilan manja dia "SYIRA". Nama penuh anda boleh lihat di bhg. kanan blog saya. (pjg sgt nama nak tulis...hehehe). Dia lahir pada 22 September 2008. Pengalaman mengandung dan membesarkan dia merupakan dugaan yg besar juga la bg saya....Saya nak berkongsi pengalaman saya pada anda semua....

Sebenarnya kandungan ke-3 nie, x dirancang - mengejut la (terbabas la dlm erti kata lain) hahahaha....So, dpt trace mengandung pun umur kandungan dah 3 bulan. Korang mesti tertanya kenapa aku wat bodoh jer sedangkan x dtg period mestila ngandung kan??????.....sebenarnya period saya x menentu. Memang dah biasa klu period lambat nie jd aku wat dek jer. Memang agaknya rezeki Syira untuk mengenal dunia agaknya. Dlm masa 3 bulan pertama, masa aku x tau aku mengandung, mcm2 benda berlaku pada aku. Antaranya.....aku main futsal (siap berlaga dan jatuh dgn member aku bernama Zura) then aku kena wat keje outstation kat KK (kena naik flight lagi). Masa naik flight kebetulan first time dlm hidup naik flight (mabuk udara ke mabuk mengandung pun aku x sure)........tapi kandungan aku x der paper.....alhamdulillah mungkin aku dikurniakan rahim yg kuat....

Ni gambar saya masa naik flight ke KK (nampak monyok sbb pening, mabuk, nak muntah) Tuhan jer tahu....sampai hubby naik risau. Senyum pun nak x nak...


Lepas balik dr KK, perasaan aku makin kuat mengatakan yg aku mengandung sebab aku dah mula rasa pening (migrain) dan muntah yang kerap. Aku suruh hubby beli pregnancy test, tup tup kuar result AKU NGANDUNG AAAAAAAA. Aku trus call hubby (yg masa tu tgh keje).....bgtau aku pregnant...mcm nak pengsan dia dgr....dia pun terkejut sambil berkata "Mcm mana syg blh ngandung??? Abg x buang dalam????" Kwang...kwang....  Nak mengesahkan kandungan aku dah berapa bulan....aku terpaksa wat scan perut kat klinik memandangkan tarikh akhir period aku lupa nak catat....Masa scan dan nampak dah baby tu aku mcm x caya......dr segi mental aku x ready lagi maklumla dua anak yg sebelum ni, AKU CAESAREAN (anak berak dlm perut). Doktor bgtau yg kandungan aku dah 12 minggu. Jd aku dan hubby redha dgn kurniaan Allah Yang Maha Esa.......Korang bayangkanlah punya la mental x ready, sampai nak gi klinik desa kat umah daftar kehamilan pun aku gi masa kandungan berumur dah 16 minggu....nasib baik nurse x marah sebab ngandung gap dkt dgn yg nombor 2 beza x sampai 2 tahun aku dah ngandung lagi......Nak tau apa yg berlaku masa aku gi check up kat klinik....nantikan sambungan.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...