Thursday, September 2, 2010

Langkawi ~~ Part 3 (Final)

Lepas dah abis jalan-jalan sepuas-puasnya (dah mengah & penat) kat Gunung tuuuu, kami turun semula. Ingat nak balik terus lagipun masing2 dah lapar tapi kena goda plak dengan dengan kedai2 kat stesen cable car nama apa ntah x ingat village......???? (bgtau lah sapa yg tau). Apalagi shopping la skit2 sambil makan ais krim......SEDAPPP OOOOO!!!!!......Hubby plak terpikat dengan ular.......HAAAA ULAR?!!!! x der mende lain ke yang abang minat? Dia punyala excited nak pegang dan bergambar dengan ular tu. Kena bayar sebanyak RM5 jer pun...Hubby kata bukan selalu boleh dapat peluang ni dengan orang yang x ramai. Sambil dia pegang dan nak bergambar Hubby ajak kami untuk bergambar juga.....aku dengan Isya punyala geli......tapi terpaksa beranikan diri utk bergambar......bagi support kat Hubby.....hehehe....masa ni Naufal bersama mak ngah & pak ngah dia....klu dia ada mau berlari tu......dia penakut skit.....

Tengok muka aku dengan Isya yang penuh suspen.....hehehehe

Lepas dah perabih duit, kami berjumpa dengan mak, abah, nurul & syira di pekan Kuah dan meneruskan perjalanan ke Kg. Mahsuri. Sebelum tu kami balik ke hotel untuk menyegarkan badan.....mandi2 (rimas). Sampai di sana, rupanya dah berubah Kg. Mahsuri. Masuk pun dah kena bayar.....RM5 (dewasa) RM1 (kanak2). Tapi kedai2 kat luar tu macam dah mati....x ramai pengunjung.....hanya tourist yang ramai....org2 kiter ni x nak masuk agakknya sebab nak kena bayar RM5 semata-mata nak tgk telaga dan rumah mahsuri. (Agaknyerlah). Kitaorg pun x jadi masuk memandangkan masuk nak kena bayar lagipun dah pernah masuk sebelum ni.....Lalu arah balik, kami melalui sawah padi yang jarang kami jumpa....memang cantik!!!! Org bandar sakai skit.....hahahahaha. Bergambar lah kami macam nak rak.....kiranya lama juga kami habiskan masa kat sawah padi ni.....padahal lapar giler dah nie.....

 Ni sebahagian gambar la....byk lg....malas nak upload
  
Bila dah abis, kami pergi makan pas tu jalan2 pegi Dataran Lang, ronda2 kat jeti dan pelbagai lagi tempat menarik. Kiranya 3H 2M tu full la.....budak2 pun letih....maklumlah bila lagi nak dapat pegi pun x tau.....Bila sampai hari last day, pagi2 aku kejutkan budak2 untuk mandi kolam.....itu memang agenda utama kalau ada anak2.....Isya selagi x pergi, selagi tu dia tanya bila nak pergi.....mereka punyalah excited bila nampak aku kuarkan baju mandi....Syira pun bukan main lagi.....abis kami laki bini serta adik beradik beremdam sekali......


Dah puas mandi, kami bersiap-siap untuk check-out tapi belum nak balik lagi,,,,,flight kami malam.....nak round last kopek....heheheheh. Shopping beli coklat, toto, pinggan mangkok dan macam2 lagi.....kedai Idaman Suri dan Haji Ismail Group menjadi sasaran. Memang duit macam air la bila pegi sana......Bila dah sampai petang, kami wat keputusan utk ke Tanjung Rhu......memang pantai dia yg paling cantik. Hotel yang mahal2 dok kat situ laaa.....yang paling mahal dengarnya harga bilik berbelas beribu semalam.....salah satunya Four Season Hotel.

sumber : google

Kami menyewa sebuah bot untuk round sekitar pantai Tanjung Rhu sebanyak RM100. Murah tu....harga offer tu......untuk 1 jam......kami pun bukan boleh lama sebab nak berehat kat airport......pemandangan memang cantik......kiranya boleh sempat singgah kat tempat penempatan kolam ikan di laut, bagi ikan makan.........air biru......tenang......memang pengalaman yang indahhh.......masa ni lah kami nampak dari dekat hotel yang mahal tu....memang ala2 mat salleh la.....suasana dia.....klu tgk kat sini......macam2 gambar hotel four season ni. Memang pantai Tanjung Rhu ni mat salleh suka.....sebab ada kapal layar gak......

 Sweet Memories ~~~~

Lepas tu, berangkat la kami ke airport utk balik. Masing2 dah menepek.....berehat la kami di sana.....Elok dah x sabar nak balik....flight delay plak utk 30 minit......dah la flight kul 10.10 malam.....bila delay, kul 11.00 baru bertolak....sabor jelah.....anyway this vacation was enjoyable......credit tu my brother's & sister's 4 ur support.......LOVE U ALL>>>>>>

Wednesday, August 25, 2010

13 Fadhilat Solat

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

~~ Cantik Diri, Hati, Budi, Pekerti ~~

Petua mengikut Islam untuk mencantikkan diri, hati, budi & pekerti........untuk makluman kawan2.....moga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua.....

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...