Sunday, October 24, 2010

Jambul Ainul Di Potong

Pada hari Sabtu yang lepas, aku~anak-anak~my sis~my parents~ telah pergi ke Felda Palong 7, Bahau, Negeri Sembilan untuk majlis cukur jambul & aqiqah anak buah pertama saya iaitu Siti Ainul Mardhiah. Majlis itu memang meriah sebab ramai penduduk kat situ yang datang dan menolong untuk kerja gotong royong memasak. Kalau cerita bab gotong royong memang aku tabik penduduk kat situ. Mereka memang wat keje laju dan sampai abis, x macam sesetangah tempat tinggalkan keje sekerat jalan. Mak saya pun terkejut dengan kaum hawa yang ramai menolong. Bab nak siang kambing tidak kurang dengan kaum adam yang ramai membantu. Tahniahla kepada anda semua!!!!! Saya rasa kalau x kerana anda semua, keje ni memang dah boleh dilakukan dalam jangka masa pendek. Tidak lupa juga abah saya menunjukkan skill dia sebagai tukang masak hehehee....caya la bah!!!!!



Majlis ni diadakan dua sesi....sesi pertama : majlis bacaan tahlil, doa selamat serta cukur jambul dikalangan ahli masjid. Sory la gambar x sempat ambil sebab kamera dalam bilik telah dikepung oleh ahli masjid hehehehe......Sesi kedua : barulah majlsi marhaban tapi sebelum tu diadakan bacaan yasin. Setelah selesai marhaban jambul Ainul dipotong.....hehe
Selesai dikalangan ahli marhaban, kaum kuarga juga diberi peluang untuk memotong jambul Ainul.....cian Ainul....ramai juga yang memotong jambulnya....heheheheehe. Maklum berharap Ainul akan menjadi anak yang solehah...Aminn....

Gambar-Gambar Comel Ainul Yang Sempat DiSnap....

Majlis selesai jam 4.30 petang.....kami trus berkemas sekali lagi secara gotong royong dan selesai jam 6.00 petang. Lepas Mahgrib kami berangkat pulang.....LETIH WOOO!!!!! Ainul punya pasal it's ok......

Monday, October 18, 2010

Bangga @ Malu !!!!!

N3 kali ni aku nak luahkan pendapat dan kenyataan mengenai anak-anak. Aku perlukan pendapat atau komen kalian. Apa yang aku perasan sekarang memang x dinafikan zaman sekarang kebanyakan anak-anak sudah cerdik. Ibu bapa masing-masing bangga mempunyai anak yang cerdik. Bangga nak bercerita tentang anak mereka yang pandai. Tapi yang paling aku x paham kenapa macam aku x pernah dengar ibu bapa yang risau atau bertanya pendapat pada orang lain tentang anak mereka yang kurang cerdik?????? Bagaimana nak memajukan mereka????? Mestikah mereka terus ketinggalan?????? Atau ibu bapa sekarang memang malu nak mengaku yang mereka mempunyai anak yang kurang cerdik, lembap atau duduk kelas terakhir???? Jika mereka duduk di kelas terakhir, adakah meraka akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak sekolah????? X tahulah......Aku cuma meluahkan perasaan, jika ada sesiapa yang kurang senang, maaf ku pohon.......





Bukan apa, kadang-kadang menyampah gak asyik dok dengar ibu bapa yang asyik dok puji anak dia.......tau la anak awak tu pandai.....kadang-kadang kiter lupa bila bercakap tu, kiter mengecilkan hati orang lain yang anak dia nasib x sebaik kiter.......

Friday, October 15, 2010

Cocktail

Entry kali ini ku tujukan khas wat peminat cocktail ku.....hahahahahaha.....perasannyer!!!!! Jangan marah.......Ni sempena jamuan raya 'Pot Luck' R & D Department ari tu......so, menu aku yang senang la aku pilih iaitu COCKTAIL. Menu ni actually resepi daripada bonda (kak saba) aku ambil. Bila dah jamu rupanya ramai gak peminatnya......hehehehe.....Jadi aku nak berkongsi la sikit bahan-bahan yang digunakan.......Masa nak bancuh adala anak murid yang nak berguru.....uhuuuuuu. BAHAN-BAHANNYA IALAH (siap ambik gambar lagi sebab ada anak murid iaitu Buyong Senior (Ayu) yang mintak diambil gambar bahan, nak beli serupa macam aku beli ADUHHHH!!!!!!) **** x nak lari rasa katanya :-

 Buah-buahan campuran, laici (cap x kira cap apapun) - 1 tin setiap satu

Susu Cair - 2 - 4 tin

Agar-Agar Jeli (1 paket setiap satu) - Boleh beli mengikut citarasa masing2. Macam aku pilih perasa Mangga (kuning), Limau (hijau), Strawberi (merah). Cara memasak jeli tu ada pada kotak jeli tu tirula sebijik-bijik.

Nata De Coco - 1 paket

Pineapple Cubes - 1 tin

Bahan2 seperti di atas boleh dibuat untuk 2 bancuhan. So, setiap bancuhan mesti diletakkan 2 tin susu cair. Kiranya bahan ni klu korang beli memang boleh wat makan ramai2.

Inilah rupanya bila dibancuh
Semasa nak beli bahan cocktail serta bahan keperluan lain untuk jamuan, sempat jugerla i and the geng bergambo kenangan.....hehehehehe



Akhir kata, SELAMAT MENCUBA!!!! MOGA-MOGA MENJADI COCKTAIL U ALL HEHEHEHEE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...