Wednesday, April 6, 2011

Isya Tukar "Belt"

Baru2 ni selepas bertungkus lumus berlatih taekwando 2x seminggu (Sabtu & Ahad) selama 2 bulan, Sir (jurulatih) Isya telah memberi Isya kebenaran untuk ujian "Greding" iaitu tukar warna tali pinggang taekwando. Setelah mengisi borang dan membayar yuran ujian sebanyak RM50, Sir mengadakan kelas tambahan  selama 1 1/2 jam di sebelah malam (hari biasa) sebelum ujian pada hari Sabtu pada minggu yang sama. Isya memang teruja bila dapat tahu yang dia berpeluang untuk menukar warna belt dia.....hehehehehe.......aku pun sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam apa yang diceburinya. Aku ni pun berdebar gak sebab meletakkan harapan untuk Isya lulus......

Hari yang ditunggu telah tiba......Isya berasa lebih bersemangat sebab turut memberi sokongan pada hari ujian itu ialah My Sis & Her Fiancee serta Atuk & Wan nya yang tercinta dan tidak lupa adik2nya...... My parent's especially My Dad sentiasa memberi support pada cucu-cucunya dalam apa jua aktiviti. He love my kid's so much.....So, sebelum waktu ujian bermula Isya diarahkan untuk sampai awal kerana mesti warm up badan dulu. 

Disebabkan ini kali pertama aku menghadapi situasi macam ni, aku pun tertanya-tanya la macam mana ujian greding ni dijalankan. Pada hari tersebut terjawab la persoalan aku. Mereka akan diasingkan mengikut warna belt masing2 pastu nama akan dipanggil untuk pengesahan kehadiran. Mereka akan diuji secara berkumpulan mengikut warna belt masing2 dengan diketuai oleh pelajar yang telah mendapat full tali pinggang hitam (yang sebenarnya telah layak dan dilantik oleh Sir untuk menjadi tenaga pengajar). Ketua bagi setiap group warna tali pinggang ini akan memberi arahan untuk melakukan gerakan dan akan dituruti oleh mereka yang diuji. Setiap gerakan mereka akan diperhatikan untuk memastikan pergerakan tersebut dilakukan dengan betul & sharp.


Reaksi Muka Isya Yang Selamba Dalam Kereta Sebelum Ujian.....hehehehe


Disebabkan Isya merupakan group belt putih, so ujian mereka kena giliran terakhir sekali. Sementara tu boleh la Isya tengok macam mana group lain buat....hehehehe. Bila dah sampai giliran group Isya aku memberi isyarat semangat pada dia - "Wat Betul2". Isya mengangguk jer. Dah abis aksi ujian Isya,aku ingat boleh dapat tau result lulus @ tidak terus.......rupanya kena tunggu sampai minggu depan........hahaha....bertambah suspen la aku....sekarang aku hanya mampu berdoa......hmmmm.


 Suasana dalam dewan dengan gelagat Naufal & Syira yang 
menyaksikan kakak mereka....hehehehe


Minggu depannya....aku bawa Isya ke kelas taekwando seperti biasa. Selepas selesai berlatih, Isya diberi khabar berita gembira yang dia lulus ujian tersebut.......seronok betul dia....aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah...........jadi bila dah lulus ujian, Isya akan diberi belt warna kuning serta sijil yang akan diberi kemudian. X sia-sia Isya berlatih.


 Aksi Isya semasa ujian & selepas mendapat belt kuning.......


**** Sooo.....pada sapa2 yang nak kacau anak dara i jaga-jaga.....nanti dia kick u all....hahahaha.....Caiyok Anak Ku!!!!!!



Monday, April 4, 2011

Hepy Bufday To Me !!!!

Tanggal 2 April 2011 ~~~~ Genaplah usia ku 32 tahun.....seperti biasa aku x expect apa2 yang special cuma ingat nak sambut makan di luar bersama My Lovely Sis bersama anak2. So, aku dah tanya awal2 kat my sis dia balik awal @ lambat.....dia kata balik awal......Dengan penuh rasa gembira menanti dia pulang dari kerja pastu lepas Maghrib nak kuar. Akan tetapi ku tunggu2 x kunjung tiba.....aku dah mula rasa sedih sebab dah pikir mesti dia kuar dating dengan tunang dia......sampai kul 10 malam pun x balik lagi....terkubur la hasrat ku untuk keluar makan pada malam itu.....mula la hati menjadi sedih sebab merasakan x der sesiapa untuk menyambut besday aku huaaaaaaa!!!!!!!

Tetapi dengan tiba2 selepas selesai lipat baju (sedih punya pasai lipat baju abis cepat....hehehehe) pintu rumahku telah diketuk dan dibuka......alangkah terkejutnya aku melihat kelibat My Sis & Tunang serta My Mom sambil tersenyum My Sis cakap "Happy Birthday Along!!!!" dengan membawa sekotak kek dan satay.....hahahaha....gembiranya aku.......mereka rupanya ingat kat besday aku......I LOVE SURPISE ~~~~~ sambil menunggu My Dad balik dari kerja, aku pun mandi cepat2 & touch-up skit almaklumla Besday Girl hehehehe.......my besday celebration di sambut awal skit la....sebab my perants nak balik awal....x per janji sambut...yahoooo......


My Besday Cake....."Epy Beranak Day Along"


My Sis Siap Beli Topeng Muka Lagi.....hehehe


Suasana di rumah yang riuh seketika.....hahaha


Besday tahun ni x der adiah tapi ada la beberapa penghargaan, kad ucapan serta ucapan yang bertalu-talu di FB yang diterima....hehehe...alhamdulillah tetap bersyukur.....


Kad Ucapan dari Agen Insuran Ku....thanks Khadijah....


Beberapa Voucher dari Sogo.....Dari Jaya Jusco aku x dapat ke???

So.....dalam erti kata lain memang aku amat terharu dan gembira dengan surprise yang dibuat..... 

"Thanks to all my family & my kids for the support u give to me untill now. U all r d strength for me to move on"


Sunday, March 20, 2011

~~ Malam Keriangan ~~

Diam x diam rupa-rupanya dah dua minggu aku tak update blog.....maklumla dalam masa itu macam2 yang terjadi.....sibuk dengan kerja yang suka datang "last minute", kursus pun dapat di saat akhir, syira demam muntah2, kesana kesini dengan berbagai urusan.....FUHH!!! Aku betul2 minta maaf pada pembaca setia blog aku....hehehe.....Ok, sambung pada apa yang aku nak citer pada korang kali ni.....adala kot dalam sebulan yang lepas aku ajak adik dan tunangnya makan di luar. Hari2 makan kat umah pun boring jugak kannn??? Hari tu plak Jumaat malam boleh la balik lambat sebab esok x keje kan.....kami telah pergi ke satu restoran di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang bernama "Sup Urat Keting". Restoran ni terkenal dengan pelbagai jenis sup yang sedap & satay yang lazat disediakan. Adik memang slalu ke sana tapi aku baru first time. Bila dia bercerita tu teringin plak...uhuu...Pada malam tu, kami order Satay Ayam & Sup Ayam. Kami makan tu jer sebab masing2 "On Diet" hahahaha.....ternyata sup ayam dan satay tersebut memang sedap hingga menjilat jari. Naufal & Isya plak memang suka makan satay...jadi sambil makan2 dan berborak aku dok tanya la pas ni nak pegi mana??? Mati kutu di buatnya....hehehe...sampai dah abis makan pun x decide mana nak pegi...last2 tunang adik i cakap apa tau......
"Long, jom gi Genting..." masa tu dah kul 11 malam tau....aku pun jawab "Woi!! Giler ke nak pi sana malam2 nie...x sunyi ke jalan..???" Tunang nurul (Shahrul) jawab : x long....shahrul penah gi sana...best oooo suasana malam kat sana...meriah dan lagi sejuk...

Setelah ditelek, ditenung, dipikir....aku pun setuju dengan keadaan anak2 yg x der baju sejuk...GILA X??? hehehehe....yang bestnyer aku jadi Mem Besar kat belakang....ada driver...hahaha....bolehla lelap mata jap uhuuu....anak2 dalam kete mesti tido punya...itu waktu charge bateri mereka....hahaha...kami sampai sana lebih kurang kul 12.45 malam. Dengan cuaca yang sejuk dan hujan.....MEMANG SEJUK GILER!!! Aku sendiri x tahan ni kan plak anak2.....jadi kami wat keputusan hanya duk dalam First World....ramai manusia rupanya.......memang ternyata anak2 seronok dan happy termasuk mama, mak usu dan pak usu dia......hehehe...apalagi melaram ler dgn kamera.....




Anak2 yang happy dengan video games...hehehehe



Pas dah puas round2....kami pun balik...tapi agak bahaya juger sebab jalan memang berkabus sampai x nampak jalan....nasib baik ada driver yang bagus...uhuuu....maka aku yakin semua akan selamat.......selamat tiba di KL jam 4.30 pagi....memang seronok....lain nak wat lagi...boleh X sis & shahrul???? hahahaha.....esoknyer citer la dgn mak abah....kami gi ke Genting malam2 buta...terkejut gak dia...bila di dengar, mereka plak rasa nak pegi...hahahaha...lawak tul....dah minggu berikutnya aku dan anak2 pergi sekali lagi....hehehe...kali ni Nurul x der sebab keje.....kali ni aku jadi Driver uhuuu.....abah melayan cucu2nyer......mak jadi Co-Pilot...hehehe...gembira betul mereka berdua. Rupa-rupanya bonda ku dah lama x menjejak Genting sejak First World Hotel ada....baguih punya anak....dah pegi banyak kali x ingat kat mak dia....hehehehe. X per mak lain kali pegi along ajak tido skali....pada yang lain jgn jd mcm i....INGAT YANG TERSAYANG....hehehehe....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...